Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

2 beradik SIAP WAKILI NEGARA di kolam renang

Azri ghairah mahu berlumba dengan perenang negara lain

Nov 06, 2017 | 05:30 AM



BUAT julung-julung kalinya, si abang turut berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Kumpulan Umur Renang Asia Tenggara (SEA) Ke-41 yang akan berlangsung di Brunei mulai Jumaat hingga Ahad ini.



Dan buat julung-julung kalinya juga, kededua perenang bersaudara ini akan sama-sama memburu pingat untuk negara di kejohanan berprestij tahunan luar negara ini.



Jika adiknya Ardi Zulhilmi Mohamed Azman akan turun bersaing bagi 400 meter rampaian individu (IM) bagi peringkat umur 14-15 tahun, si abang Azri Zuhairi berpeluang berlumba dalam acara jarak jauh yang menjadi kegemarannya - 1,500 meter gaya bebas bagi kategori 16-18 tahun.



Seperti adiknya, Azri, 17 tahun, mendapat tempat beraksi di Kejohanan SEA selepas mencatatkan masa peribadi terbaik (PB) iaitu 17 minit dan 02.44 saat bagi perlumbaan 1,500 meter gaya bebas semasa bertanding di Kejohanan Kumpulan Umur Nasional (SNAG) Senior Ke-48 yang berlangsung di Pusat Akuatik OCBC, Hab Sukan Singapura, pada Mac lalu.



"Kejohanan SEA ini adalah antara fokus utama bagi saya tahun ini... ia antara medan terbesar saya sejauh ini," ujar Azri, pelajar tahun pertama jurusan Pengurusan Sukan dan Riadah di Politeknik Republic.



"Jadi, saya akan berusaha memberi saingan kepada perenang-perenang dari negara lain itu... selain berseronok semasa berlumba nanti.



"Matlamatnya bukan sekadar menyasarkan pingat... tentu sekali hebat rasanya jika saya dapat memenangi pingat... tetapi yang penting ialah melihat sejauh mana saya dapat bersaing dengan perenang-perenang handalan lain.



"Saya mahu menilai keupayaan sebenar saya apabila berlumba dengan pesaing lain yang berada dalam kumpulan umur yang sama.



"Tahun ini juga adalah tahun terakhir saya layak ke kejohanan peringkat usia ini, jadi saya berazam tidak mahu sesiakan peluang ini... sebaliknya saya bersemangat mahu melihat hasil yang positif dan sedang berlatih dengan gigih sekali bagi menghadapi kejohanan ini," tambah Azri yang kini berlatih di bawah jurulatih Roderick Eng di Sekolah Akuatik Aquarian.



Sekalipun gagal mencapai matlamat utama tahun ini - mendapat tempat dalam skuad renang negara termasuk perlumbaan di laut terbuka (open sea swimming) di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur pada Ogos lalu - ia bukanlah sesuatu yang mengecewakan bagi anak sulung keluarga tiga beradik ini.



Sebaliknya ia menjadi pembakar semangat bagi Azri - yang menumpukan perhatian pada perlumbaan jarak pertengahan dan jauh - supaya terus berjuang dalam arena sukan ini yang sememangnya sengit dan kompetitif, serta jarang disertai secara serius anak Melayu lain.



Sebelum ini, Azri boleh berbangga dengan pencapaian mewakili negara di kejohanan Piala Dunia Persekutuan Renang Antarabangsa (Fina), juga diadakan di Pusat Akuatik OCBC, pada 2014 - satu pengalaman berharga baginya memandangkan kejohanan itu turut disertai perenang kelas dunia termasuk Chad le Clos, Francesca Halsall, Katinka Hosszu dan Daiya Seto.



"Matlamat seterusnya tetap tidak berubah... mencuba nasib mendapat tempat dalam skuad renang ke Sukan SEA Filipina pada 2019.



"Persiapannya bermula hari ini... dan di Kejohanan SEA yang akan saya sertai ini nanti.



"Saya berazam terus berlatih dengan gigih agar saya dapat berada pada tahap terbaik untuk bersaing dengan perenang nasional lain bagi merebut tempat mewakili negara di Sukan SEA 2019 nanti," tambah Azri.




APA KATA SI ABANG



"Saya mahu menilai keupayaan sebenar saya apabila berlumba dengan pesaing lain yang berada dalam kumpulan umur yang sama. Tahun ini juga adalah tahun terakhir saya layak ke kejohanan peringkat usia ini, jadi saya berazam tidak mahu sesiakan peluang ini... sebaliknya saya bersemangat mahu melihat hasil yang positif dan sedang berlatih dengan gigih sekali bagi menghadapi kejohanan ini."
- Azri Zuhairi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >