Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Badminton: Loh Kean Yew tewas mengejut, tersekat di suku akhir

Dec 12, 2025 | 10:27 PM
Loh Kean Yew, badminton, sukan sea
Kekalahan Loh Kean Yew menandakan berakhirnya penyertaan Singapura dalam pertandingan badminton di Sukan SEA 2025. - Foto ST

Penantian Singapura untuk meraih pingat acara perseorangan badminton di Sukan SEA masih berterusan selepas pilihan pertama, Loh Kean Yew tewas dan tersingkir di peringkat suku akhir.

Loh, pemain nombor ke-10 di dunia tewas kepada warga Indonesia, Zaki Ubaidillah yang menduduki ranking hampir 40 tangga di bawahnya.

Loh menjadi pilihan pertama selepas juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn menarik diri daripada acara perseorangan dan memilih untuk beraksi dalam acara berpasukan semata-mata.

Namun, di Gimnasium Thammasat Rangsit 4, beliau terkial-kial semasa menentang Zaki, dan akhirnya terpaksa menerima kekalahan 19-21, 10-21 dalam masa 46 minit.

Loh, selepas perlawanan itu, berkata: “Sudah tentu saya kecewa. Tetapi tiada apa yang boleh saya lakukan. Ini sukan… saya perlu kembali dan berlatih.

“Jelas sekali, seperti yang dapat dilihat, beliau (Zaki) bermain dengan sangat baik. Sangat sukar untuk menentangnya dari segi mutu. Buat masa ini, saya perlukan berehat. Saya telah memberikan segalanya dalam perlawanan itu tetapi malangnya ia tidak mencukupi,” kata Loh.

Beliau turut menyifatkan Sukan SEA sebagai acara perlawanan “sangat berbeza” daripada kejohanan lain kerana ia “jauh lebih penting”.

“Terdapat lebih banyak jangkaan dan tekanan. Walaupun untuk diri saya sendiri, keinginan untuk menang jauh lebih kuat. Saya telah memberikan segalanya di gelanggang. Saya cuba setiap cara yang mungkin, tetapi tiada jawapan yang berkesan,” tambahnya.

Loh melangkah ke suku akhir selepas menewaskan pemain Filipina, Jewel Angelo Albo, 21-17, 21-19.

Kekalahan Loh menandakan berakhirnya penyertaan Singapura dalam pertandingan badminton di Sukan SEA 2025.

Pasukan badminton mengutip dua gangsa di Sukan SEA ini, kelakonan yang paling teruk sejak Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, di mana mereka juga hanya menang dua gangsa.

Terdahulu dalam kejohanan tersebut, rakan senegara Loh dan pilihan ketiga perseorangan lelaki, Jason Teh, tewas kepada pemain Malaysia yang berada di kedudukan ke-38 dunia, Justin Hoh, 20-22, 15-21 pada 11 Disember.

Kedua-dua wakil Singapura dalam acara perseorangan wanita turut tersingkir pada hari sama.

Pemain nombor 150 dunia, Insyirah Khan, tewas 16-21, 15-21, kepada pemain Malaysia yang berada di kedudukan ke-46, Wong Ling Ching, manakala pemain nombor 192 dunia, Jaslyn Hooi, kalah kepada K. Letshanaa 17-21, 20-22.

Pada 12 Disember, pasangan regu campuran Terry Hee dan Jin Yujia tewas kepada pilihan utama Malaysia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, 12-21, 14-21.

Pasangan regu lelaki Singapura yang berada di kedudukan ke-52 dunia, Wesley Koh dan Junsuke Kubo, pula kalah kepada pasangan Indonesia yang berada di kedudukan ke-19 dunia, Leo Carnando dan Bagas Maulana.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg