Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Bagaimana prestasi rekrut baru Dominik Szoboszlai di Liverpool?

Jul 09, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Liverpool selesai menandatangani kontrak bernilai £60 juta ($102 juta) dengan pemain midfield Hungary, Dominik Szoboszlai, dari Leipzig – tetapi posisi mana yang sesuai untuknya?


Pemain berusia 22 tahun itu, yang merupakan kapten pasukan negaranya, boleh bermain di midfield tengah tetapi menghabiskan sebahagian besar masanya di bahagian sayap dalam Bundesliga.

Beliau berjaya menjaringkan enam gol dan melakukan lapan ‘assist’ dalam liga musim lalu – dan sebelumnya pernah disebut “sama berbakat seperti Erling Haaland” oleh bekas pengurusnya.

“Saya benar-benar teruja untuk melihatnya di sana. Beliau kelihatan seperti pemain yang hebat untuk Jurgen Klopp,” kata wartawan Hungary Aron Aranyossy.

“Kadar kerja dan tenaganya sepatutnya membuat beliau cergas dan saya dapat melihat beliau membuat umpanan yang hebat kepada Mohamed Salah.

“Beliau adalah tambahan yang baik dan menyegarkan bahagian midfield; beliau boleh menggelecek bola serta mengagihkannya pada standard yang sangat tinggi dan secara tenang.

“Pada pandangan saya, ini menjadikannya tambahan yang baik, terutama dengan kemahiran membuat keputusan dalam pemilikan bola dan kesedaran taktikalnya.”

Bagaimanakah Szoboszlai berbanding rakan sepasukan barunya?

Liverpool mungkin memilih untuk meletakkan Szoboszlai di bahagian midfield. Tetapi, sejak beliau menghabiskan musim lalu di sayap kanan, adalah lebih mudah membandingkan statistiknya dengan penyerang The Reds.

Hanya Salah yang mempunyai gabungan keseluruhan gol dan ‘assist’ yang lebih tinggi dalam liga musim lalu berbanding Szoboszlai , tetapi warga Hungary itu bermain lebih banyak permainan daripada yang lain.

Berdasarkan masa permainan, Szoboszlai hanya berjaya menyumbang satu gol atau ‘assist’ setiap 175 minit – kadar rembatan yang lebih rendah daripada Salah (106), Darwin Nunez (142), Diogo Jota (103), Cody Gakpo (163) atau Luis Diaz (166) musim lalu.

Bagaimanapun, ia bergantung pada perbezaan gaya permainan dan taktik.

Szoboszlai mempunyai lebih sentuhan dalam kotak penalti dan mencipta lebih banyak peluang jaringan berbanding yang lain.

“Beliau seorang pemain yang kreatif, sangat teknikal, tetapi itu tidak bermakna beliau takut untuk merebut bola daripada lawan. Beliau bekerja keras, banyak berlari dalam permainan daripada penguasaan bola,” kata Aranyossy.

“Dari segi itu, saya fikir beliau akan menjadi pemain yang hebat di bawah Klopp. Beliau pandai mengatasi pemain lain, membuat rembatan dan hantaran penting, juga membuat umpanan ‘through-ball’.

“Itulah sebabnya beliau mengancam, beliau sangat baik dalam ketiga-tiga bahagian ini, jadi anda tidak tahu yang mana satu beliau akan pilih.

“Beliau sering digunakan di sayap kiri untuk menggelecek bola ke bahagian dalam padang, tetapi juga lebih mampu bermain sebagai posisi nombor lapan atau 10, di sinilah juga beliau bermain untuk Hungary. Dari segi taktikal, beliau seorang pemain yang sangat matang dan sedar perkara di sekelilingnya.”

Pemain setinggi 185 sentimeter itu, yang hebat menggunakan kededua kaki, juga pakar ‘set-piece’.

“Adalah menarik untuk melihat siapa yang akan mengambil sepakan percuma dan tendangan sudut dengan Trent Alexander-Arnold dan Dominik dalam skuad yang sama,” kata Aranyossy.

“Beliau tidak mementingkan diri sendiri tetapi tidak mengelak daripada melakukan rembatan sendiri. Beliau cemerlang di bawah tekanan, jadi beliau akan tampil dan beraksi dengan baik dalam perlawanan penting.”

Bagaimanakah kerjaya Szoboszlai setakat kini?

Szoboszlai, yang telah menjaringkan tujuh gol dalam 32 penampilan untuk Hungary, telah menghabiskan kerjayanya sehingga kini dengan kelab Red Bull.

Beliau menjaringkan 42 gol dan membuat 45 ‘assist’ dalam 125 perlawanan untuk Salzburg dan pasukan simpanan divisyen dua mereka, Liefering, sebelum menyertai Leipzig pada Januari 2021.

Kecederaan dialami bermakna beliau tidak membuat penampilan sulungnya di Leipzig sehingga musim berikutnya dan beliau telah menyumbat 20 gol sepanjang kedua-dua musim itu, termasuk gol kemenangan ketika mereka menang 2-0 ke atas Eintracht Frankfurt dalam final Piala Jerman tahun ini.

Bekas bos Leeds, Jesse Marsch, mengurus Szoboszlai di Salzburg dan Leipzig – dan pemain bintang Manchester City Erling Haaland ketika beliau bermain untuk Salzburg.

“Apabila bercakap tentang bakat, tidak banyak pemain yang lebih baik yang boleh memainkan posisinya,” kata Marsch sebelum ini mengenai Szoboszlai, seperti yang dilaporkan oleh laman web rasmi Bundesliga.

“Ada yang kuat, ada yang teknikal, ada yang bagus dari segi taktikal, dan ada yang boleh bertahan dengan baik atau banyak berlari. Namun, Dominik istimewa kerana beliau mempunyai semua kemahiran ini digabungkan. Dominik juga berbakat seperti Erling Haaland.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >