Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Firmino ‘bintang’ bola sepak terkini pindah ke Saudi

Bekas pemain Liverpool ikat kontrak tiga tahun dengan Al-Ahli
Jul 05, 2023 | 11:08 AM



Bekas pemain Liverpool, Roberto Firmino telah menyertai Al-Ahli selepas mengikat kontrak tiga tahun dengan kelab yang beraksi dalam Liga Pro Saudi itu.

Firmino, 31 tahun, kini tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas kontraknya dengan Liverpool tamat pada akhir musim lalu.

Warga asal Brazil itu menjaringkan 111 gol dalam 362 permainan bagi Liverpool selepas menyertai kelab itu dari Hoffenheim pada 2015.

Beliau antara beberapa pemain bertaraf bintang yang menyertai kelab-kelab Saudi pada musim panas ini dan menyertai bekas penjaga gawang Chelsea, Edouard Mendy di Al Ahli.

Mendy, yang berasal dari Senegal, meninggalkan Chelsea pada minggu lalu.







Selain beliau, N’Golo Kante dan Kalidou Koulibaly juga telah meninggalkan Chelsea untuk berpindah ke Arab Saudi. 

Karim Benzema, Ruben Neves dan Marcelo Brozovic juga telah berpindah ke sana, dengan bekas pemain Liverpool Steven Gerrard kini mengikat kontrak dengan Al-Ettiffaq untuk menjadi pengurus kelab itu.

Penghijrahan pemain itu menunjukkan impian Liga Pro Saudi untuk menjadi antara liga bola sepak terunggul di dunia dan berlaku menyusuli keputusan Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi pada Jun, untuk mengambil alih empat kelab utama di negara itu.

PIF juga memiliki Newcastle United yang beraksi dalam Liga Perdana England.

Firmino meninggalkan Anfield sebagai ejen bebas pada musim panas ini, selain Naby Keita, Alex Oxlade-Chamberlain dan James Milner. 

Empat pemain itu diberikan tepukan gemuruh daripada rakan sepasukan dan penyokong menyusuli perlawanan terakhir musim lalu. Namun, sanjungan terbesar diberikan kepada Firmino. 

Firmino sebahagian daripada trio pemain barisan depan yang dibarisi Mohamed Salah dan Sadio Mane yang bukan sahaja dianggap antara barisan serangan paling berbisa di Eropah beberapa musim lalu, malah membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada 2019 dan EPL pada tahun selanjutnya. 

Mereka juga membantu Liverpool menjulang Piala FA dan Piala Liga pada 2022.

Di Piala Dunia Kelab Fifa pada Disember 2019, Firmino menjaringkan gol tunggal perlawanan pada masa tambahan untuk membantu Liverpool menewaskan Flamengo.

Pada Mac 2023, beliau diumumkan akan meninggalkan Liverpool di akhir musim. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >