Dominik Szoboszlai sertai Liverpool dari RB Leipzig

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dominik Szoboszlai sertai Liverpool dari RB Leipzig

Jul 3, 2023 | 2:26 PM

Dominik Szoboszlai sertai Liverpool dari RB Leipzig

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
PEMAIN BARU LIVERPOOL: Dominik Szoboszlai akan berpindah ke Liverpool daripada RB Leipzig dalam perjanjian bernilai £60 juta. Beliau merupakan pemain kedua yang akan berpindah ke kelab itu susulan pembelian Alexis Mac Allister dari Brighton.
PEMAIN BARU LIVERPOOL: Dominik Szoboszlai akan berpindah ke Liverpool daripada RB Leipzig dalam perjanjian bernilai £60 juta. Beliau merupakan pemain kedua yang akan berpindah ke kelab itu susulan pembelian Alexis Mac Allister dari Brighton. - Foto AFP

LONDON: Liverpool telah menandatangani pemain tengah, Dominik Szoboszlai, daripada kelab Bundesliga RB Leipzig dengan perjanjian bernilai £60 juta ($103 juta).

Pemain Hungary itu, yang telah menandatangani kontrak lima tahun, merupakan pemain kedua yang akan berpindah ke Liverpool, susulan pembelian pemain tengah Argentina, Alexis Mac Allister, dari Brighton yang bernilai £35 juta.

“Ia adalah kelab yang sangat bersejarah dengan pemain dan jurulatih yang sangat baik. Bagi saya, ia adalah keputusan tepat untuk menyertai kelab seperti ini. Penyokong, stadium, semuanya sangat baik,” kata Szoboszlai.

Pemain berusia 22 tahun itu, yang berpindah ke RB Leipzig daripada RB Salzburg, membuat 31 penampilan dalam Bundesliga musim lalu, menjaringkan enam gol dan memberi lapan assist (bantuan gol). Beliau juga telah memenangi Piala Jerman pada musim lalu dan musim sebelum itu.

Szoboszlai pernah menentang Liverpool dalam Liga Juara–Juara pada 2019 ketika beliau masih bermain bagi RB Salzburg, dengan pasukannya tewas 4–3 dan 2–0 pada peringkat kumpulan.

“Kami sudah mempunyai sedikit pengetahuan tentang Dominik ketika menentang RB Salzburg dan saya fikir semua orang yang melihat perlawanan itu menyedari beliau adalah pemain yang sangat menarik,” kata Klopp. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg