Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA RAGBI

Bakat muda mana akan menyerlah di Piala Dunia Ragbi 2023?

Sep 10, 2023 | 05:30 AM



PERANCIS: Lima bakat muda akan membuat penampilan di Piala Dunia Ragbi 2023 pada 8 September di Perancis.


Canan Moodie

Negara : Afrika Selatan

Usia: 20 tahun

Posisi: Sayap/Tengah

Pelari seimbang yang mempunyai hantaran bola yang mengagumkan dan boleh beroperasi di bahagian sayap atau tengah padang.

Juara bertahan Afrika Selatan mempunyai pelbagai penyerang berbakat bertaraf dunia, Moodie antaranya.

Beliau memperkenalkan dirinya di peringkat antarabangsa melalui percubaan individu yang menakjubkan semasa debut di Australia pada September 2022.

Dan 11 bulan kemudian, beliau memaparkan ketangkasan memintas hantaran lawan yang lemah, membebaskan Damian Willemse untuk mengubah pertahanan menjadi serangan, semasa kemenangan Springboks ke atas New Zealand di Twickenham.

Beliau akan bersaing dengan rakan sepasukannya seperti Cheslin Kolbe, Makazole Mapimpi dan Jesse Kriel untuk mendapatkan tempat di pasukan utama.

Beliau diramal menjadi bintang cemerlang di Piala Dunia ini.

Carter Gordon

Negara: Australia

Usia: 22 tahun

Posisi: ‘Fly-half’

Pemain yang boleh membimbing Australia di posisi ‘fly-half’.

Ketua jurulatih Australia, Eddie Jones, menyokong Carter Gordon untuk memainkan peranan berpengaruh setelah tidak memilih Quade Cooper yang berpengalaman dalam skuad Piala Dunia beliau yang penuh dengan pemain muda.

Gordon masuk padang untuk menjaringkan percubaan semasa debut dalam kekalahan di Afrika Selatan pada 8 Julai.

Beliau memulakan tiga perlawanan lalu Australia. Walau kalah kesemuanya, ia memberi pengalaman berharga apabila kejohanan bermula.

Jones bergantung pada pertahanan kukuh Gordon, tendangannya dan bakat kreatif untuk melancarkan barisan belakang Australia, termasuk pemain muda Mark Nawaqanitawase di bahagian sayap.

Juan Martin Gonzalez

Negara: Argentina

Usia: 22 tahun

Posisi: ‘Flanker’

Kelihatan tidak pernah penat menghalang permainan lawan dan pembawa yang kuat, Juan Martin Gonzalez bukan pendatang baru di peringkat antarabangsa. Beliau mempunyai 24 penampilan pada usia 22 tahun bagi membuktikan kebolehannya.

Gonzalez baru ditandatangani oleh juara Liga Perdana Inggeris, Saracens, dari London Irish.

Beliau telah menjaringkan tujuh percubaan untuk Argentina, termasuk percubaan hebat dalam kemenangan pertama Argentina ke atas New Zealand musim panas lalu.

Gonzalez menantikan prospek untuk berdepan rakan sepasukan barunya, Sarrie Ben Earl,apabila Argentina menentang England pada 9 September.

Davit Niniashvili

Negara: Georgia

Usia: 21 tahun

Posisi: Bek Penuh

Pemain yang menggabungkan kehebatan menyerang dengan pertahanan yang kukuh.

Seperti Gonzalez, Davit Niniashvili mempunyai pengalaman antarabangsa yang tidak sepadan dengan usianya yang muda.

Beliau mempunyai sembilan percubaan dan kepantasan serta ketangkasannya menjadikan beliau salah satu ancaman utama Georgia.

Niniashvili tidak asing di Perancis. Beliau bermain untuk pasukan 14 teratas, Lyon, yang diwakilinya ketika menewaskan pemain Afrika Selatan, Eben Etzebeth, di peringkat akhir Piala Cabaran 2022.

Wales dan Australia perlu bersedia untuk mengawal Niniashvili di Kumpulan C.

Louis Bielle-Biarrey

Negara: Perancis

Umur: 20 tahun

Posisi: Sayap

Tuan rumah, Perancis, adalah antara pilihan utama untuk memenangi Piala Dunia pertama mereka.

Damian Penaud dan Gabin Villiere mungkin memenuhi posisi sayap.

Namun, Louis Bielle-Biarrey boleh terbukti lebih daripada seorang timbalan yang berguna kerana beliau dipilih dalam skuad pilihan terakhir Fabian Galthie.

Beliau menandakan penampilan pertamanya dengan percubaan dalam kemenangan perlawanan pemanas badan atas Scotland.

Dilahirkan pada Jun 2003, beliau bakal menjadi pemain termuda mewakili Perancis di Piala Dunia.

Yoram Moefana juga boleh bermain di bahagian sayap tetapi Bielle-Biarrey akan mahu menarik perhatian di tanah air jika diberi peluang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >