Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Barcelona langkah ke final selepas tundukkan Osasuna

Jan 12, 2024 | 04:22 PM



MADRID: Robert Lewandowski dan Lamine Yamal menjaringkan gol pada separuh masa kedua untuk memberikan kemenangan 2-0 kepada Barcelona ke atas Osasuna dalam perlawanan separuh akhir Piala Super Sepanyol yang berlangsung di Arab Saudi pada 11 Januari.


Barcelona telah menetapkan pertemuan pada 14 Januari dengan Real Madrid, yang telah mengalahkan saingan ketat mereka, Atletico Madrid, dalam pertandingan yang mendebarkan dengan keputusan 5-3 pada awal minggu itu.

Ini akan menjadi ulangan final 2023 antara Real dengan Barcelona, di mana Barcelona memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-1.

Barcelona menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama yang dianggap ramai sebagai kurang menarik, tetapi pasukan kendalian Xavi itu kurang kreatif dan jarang sekali mengancam pasukan lawan.

Lewandowski seharusnya dapat bertindak dengan lebih baik menerusi beberapa peluang yang jelas tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Osasuna, Sergio Herrera.

Namun, pada minit ke-59, Barcelona bangkit dan berjaya memecahkan kebuntuan.

Ilkay Gundogan mengumpan bola kepada Lewandowski, dan penyerang itu tidak mensesiakan peluang untuk membolosi gawang lawan dari jarak dekat.

Namun, para pemain Osasuna berasa marah dan mengadu kepada pengadil bahawa pemain pertahanan Barcelona, Andreas Christensen, telah melakukan kekasaran terhadap Jose Arnaiz sebelum serangan balas.

Namun pemeriksaan video penolong pengadil (VAR) mengesahkan gol tersebut.

“Kami rasa itu tidak adil kerana keputusan pengadilan sangat berbeza sepanjang perlawanan. Kesalahan itu sangat jelas,” kata pengurus Osasuna, Jagoba Arrasate kepada media.

Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez, pula berpendapat, “pada pandangan pertama, ia kelihatan seperti kesalahan, tetapi setelah melihat ulangan rakaman tersebut, ternyata tiada kesalahan yang berlaku.”

“Adakalanya pengadil membantu kami, dan adakalanya tidak. Namun, saya tidak rasa pengadil mempengaruhi permainan kami kali ini,” kata Xavi.

Selepas Lewandowski menjaringkan gol, Xavi memasukkan Joao Felix dari bangku pemain simpanan.

Pemain asal Portugal itu meningkatkan rentak permainan Barcelona yang kelihatan kurang mengancam, dan memaksa penjaga gawang Herrera jadi penyelamat, untuk mengekalkan kedudukan Osasuna.

Joao Felix mencipta serangan balas dengan baik dan mengumpan bola kepada Yamal, yang kemudian menjaringkan gol untuk memastikan kemenangan Barcelona, sekali gus menetapkan pertandingan El Clasico di final.

“Tujuan kami bukan hanya untuk bermain, malah untuk menang.

“Kami bersedia menghadapi pasukan lawan yang telah menunjukkan permainan yang baik dalam pusingan separuh akhir ini,” kata Xavi.

“Walaupun ini El Clasico, tetapi tiada pasukan yang lebih unggul.

“Kami berharap dapat menang seperti tahun lalu (2023). Kami adalah juara bertahan dan sekurang-kurangnya kami akan menikmati perlawanan ini,” ujar Xavi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >