Pemain penyerang Perancis dan Paris St-Germain (PSG), Kylian Mbappe, 25 tahun, dikatakan telah memeterai perjanjian untuk menyertai kelab Sepanyol, Real Madrid, apabila kontraknya bersama PSG tamat akhir musim ini.
Namun, dipercayai Mbappe akan menyertai Madrid dengan gaji yang lebih kecil daripada yang ditawarkan gergasi La Liga itu pada awal musim ini.
Mbappe mengumumkan telah bersetuju menyertai Madrid pada musim panas 2023, namun mengubah fikiran setelah ditawarkan kontrak baru, lebih lumayan daripada PSG.
Juventus telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan rancangan mendapatkan tandatangan pemain midfield England dan Manchester City, Kalvin Phillips, kerana tidak mampu membayar yuran pemindahan dan gaji pemain tersebut.
Ini membuka laluan bagi Newcastle mendapatkan khidmat pemain tersebut.
Barcelona dilaporkan berminat mendapatkan tandatangan bekas pemain midfield, Manchester United dan England, Jesse Lingard. Pemain berusia 31 tahun itu masih tidak mempunyai kelab sejak meninggalkan Nottingham Forest pada hujung musim lalu, dan boleh menyertai mana-mana kelab.
Chelsea, Manchester United dan AC Milan dilaporkan telah melahirkan minat mendapatkan tenaga pemain pertahanan Perancis dan Nice, Jean-Clair Todibo.
Bagaimanapun kelab Perancis dikatakan keberatan melepaskan pemain berusia 24 tahun itu dalam musim pemindahan Januari ini, dan hanya akan mempertimbangkan tawaran pada akhir musim.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg