Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Real tewaskan Atletico, langkah ke final Piala Super Sepanyol

Jan 11, 2024 | 12:15 PM



MADRID: Gol sendiri oleh pemain pertahanan Stefan Savic dan gol lewat oleh Brahim Diaz membantu Real Madrid menang 5-3 atas pesaing mereka, Atletico Madrid, dalam peringkat separuh akhir Piala Super Sepanyol di Riyadh pada 11 Januari.


Real akan menentang pemenang perlawanan pada 12 Januari antara Barcelona dengan Osasuna dalam peringkat akhir pada 14 Januari.

Persaingan antara dua kelab itu, kebangkitan semula dan kesan keputusannya menjadikan perlawanan tersebut dianggap paling hebat dalam musim pertandingan di Sepanyol, dengan dua kelab itu bertarung hebat selama 120 minit.

“Ia perlawanan yang hebat, tetapi kami tidak menikmati perlawanan seperti ini,” kata pengurus Real, Carlo Ancelotti kepada media.

“Keletihan dan kecederaan yang kami rasakan begitu hebat. Ini kerana kededua pasukan sangat kuat dan telah berusaha sepenuhnya dalam perlawanan ini,” tambah beliau.

Atletico, yang merupakan satu-satunya pasukan yang menewaskan Real pada September, hampir mendahului perlawanan melalui sepakan pemain sayap mereka, Samuel Lino, namun percubaannya diselamatkan oleh penjaga gawang Real, Kepa Arrizabalaga.

Namun, Kepa tidak dapat melakukan apa-apa apabila Mario Hermoso menanduk bola ke gawang gol hasil hantaran Antoine Griezmann untuk meletakkan Atletico di depan dalam minit ketujuh.

Serang balas Real menghasilkan gol menerusi tandukan Antonio Rudiger, berikutan hantaran Luka Modric pada minit ke-20 dan jaringan Ferland Mendy dari jarak dekat pada minit ke-29.

Namun jaringan hebat Griezmann pada minit ke-37 menyamakan kedudukan dan jaringan itu juga menjadikan beliau penjaring terbanyak dalam sejarah kelab Atletico dengan 174 gol.

Penjaga gawang Atletico, Jan Oblak, menyelamatkan percubaan Rodrygo dari jarak dekat untuk mengekalkan kedudukan yang sama dalam separuh masa pertama.

Atletico mendahului sekali lagi pada minit ke-78 melalui kesilapan Kepa Arrizabalaga yang menendang bola lalu terkena Rudiger dan memasuki gawang sendiri.

Real menyamakan kedudukan sekali lagi melalui Dani Carvajal yang memanfaatkan peluang selepas bola jatuh kepadanya selepas percubaan Vinicius dan Jude Bellingham diselamatkan oleh Oblak.

Tandukan Joselu memasuki gawang Atletico selepas terkena Savic lima minit sebelum masa tambahan berakhir.

Di akhir perlawanan, Diaz memanfaatkan serangan balas Real selepas Oblak meninggalkan gawangnya dalam percubaan terdesak untuk menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir perlawanan.

“Saya beritahu pemain saya bahawa saya sangat bangga dengan mereka. Mereka bermain dengan baik dan kita bernasib malang kerana kalah perlawanan ini,” kata pengurus Atletico, Diego Simeone, selepas perlawanan itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >