Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Beberapa tenaga veteran termasuk Chuan-Jin kekal terajui SNOC

Sep 10, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA tenaga veteran akan terus berkhidmat dalam jawatankuasa eksekutif Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) selepas Tan Chuan-Jin dipilih semula secara sebulat suara sebagai presiden kelmarin.



Tan, yang juga Speaker Parlimen, bertanding tanpa tentangan di mesyuarat agung tahunan dan akan berkhidmat untuk penggal ketiganya dari 2022 hingga 2026.



Presiden Persatuan Badminton Singapura (SBA), Lawrence Leow, yang sebelum ini merupakan wakil badan sukan nasional, juga dipilih sebagai salah seorang naib presiden SNOC, manakala bekas ketua persatuan kapal layar, Benedict Tan, dipilih semula untuk jawatan itu.



Kedua-duanya disertai oleh bekas presiden boling, Jessie Phua dan presiden Lawan Pedang Singapura, Juliana Seow, yang dipilih sebagai naib presiden pada 2020.



Bekas penembak negara, Lee Wung Yew, juga dipilih untuk berkhidmat selama setahun sebagai bendahari.



Leow mengisi jawatan yang kosong sejak bekas naib presiden SNOC dan pentadbir sukan veteran, Milan Kwee, meninggal dunia pada Mac 2021 pada usia 74 tahun.



Leow, yang telah menjadi presiden SBA selama empat tahun, mengucapkan terima kasih kepada keluarga besar sukan atas keyakinan yang ditunjukkan terhadapnya.



"Saya amat berbesar hati diberi peluang untuk berkhidmat kepada sukan Singapura dan menyumbang seterusnya kepada pergerakan Olimpik.



"Sukan Singapura berada di tempat yang baik dalam beberapa tahun, dengan generasi atlet muda yang berbakat berganding bahu dengan tokoh lebih senior. Kecemerlangan sukan dan pembangunan atlet dekat di hati saya dan kunci bagi kerja kami di SBA.



"Saya berharap dapat membantu meningkatkan lagi sukan Singapura dan memastikan kami meneruskan prestasi baik di temasya-temasya sukan utama," ujar Leow, 63 tahun.



Pemain boiling negara, Shayna Ng, juga dilantik sebagai pengerusi bagi Suruhanjaya Atlet SNOC 2022-2025, menggantikan presiden Persatuan Renang Singapura dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Mark Chay.



Ahli-ahli telah diundi oleh atlet yang menyertai Sukan SEA Hanoi 2021.



Theresa Goh juga dipilih sebagai salah seorang daripada 10 ahlinya, menjadikan bekas perenang-para itu sebagai atlet para pertama yang menjadi sebahagian daripada Suruhanjaya Atlet SNOC, yang terdiri daripada atlet dulu dan sekarang.



Ahli lain termasuk Constance Lien (jiu-jitsu), Martina Veloso (menembak), Kampton Kam (olahraga), Jonathan Chan (terjun indah), Dipna Lim-Prasad (olahraga), Muhamad Ridhwan (tinju), Stephenie Chen (kanu) dan Terry Tay (gimnastik).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >