Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beckham terima gelaran ‘Sir’

Jun 16, 2025 | 5:08 PM
David Beckham, Raja Charles, Darjah Kesatria, Sir, England
Bekas pemain England, David Beckham (dua dari kanan), bertemu Raja Charles III di Istana St. James di London pada 12 Jun. - Foto REUTERS

LONDON: Darjah Kesatria yang yang dikurniakan kepada David Beckham adalah kemuncak kepada kerjayanya dalam sukan bola sepak sehingga menjadi ikon dunia.

Bekas pemain England itu sudah lama mengidamkan gelaran ‘Sir’, dan Raja Charles III menjadikannya realiti apabila beliau mengumumkan senarai penerima darjah kebesaran itu pada 13 Jun sempena hari keputeraannya.

Beckham dan isterinya, Victoria, bekas penyanyi kumpulan Spice Girls, turut menceburi bidang fesyen dengan jenamanya sendiri.

Anugerah itu mampu membuka lembaran baru buat bekas pemain Manchester United dan Real Madrid berusia 50 tahun itu, “terutama dalam bidang diplomatik, kerja amal dan politik”.

Bekas pakar sepakan percuma itu bersara daripada bola sepak pada 2013, tetapi kejayaan dikecapinya sekarang adalah hasil perancangan awal ketika beliau masih seorang pemain.

“Saya tahu kerjaya saya akan berakhir dan saya mahu mempunyai kerjaya lain selepas bola sepak,” kata Beckham dalam satu siri dokumentari Beckham yang disiarkan pada 2023. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg