Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tuchel mahu kekal sebagai pengurus England selepas Piala Dunia 2026

Jun 12, 2025 | 2:33 PM
Thomas Tuchel, pasukan England, pengurus
Pengurus England Thomas Tuchel (kanan) bercakap dengan Curtis Jones (dua dari kanan) semasa perlawanan persahabatan antarabangsa England menentang Senegal. - Foto EPA-EFE

NOTTINGHAM (England): Thomas Tuchel berkata beliau tertarik untuk kekal sebagai bos pasukan England, tidak kira sama ada pasukannya berjaya dalam kejohanan Piala Dunia musim panas akan datang.

England mengalami kekalahan teruk menentang Senegal dalam perlawanan persahabatan pada malam 10 Jun tetapi kekal sebagai salah satu pasukan pilihan untuk mencabar Piala Dunia 2026.

Tuchel dibawa masuk menggantikan Gareth Southgate selepas pendahulunya membawa England ke final Euro 2024.

Kontraknya berjalan sehingga akhir Piala Dunia, dengan tugasnya untuk memastikan kemenangan di Amerika Utara.

Namun, bercakap kepada stesen radio sukan, talkSPORT, Tuchel akur beliau menikmati peranan itu dan merasakan beliau berada “di tempat yang betul”.

“Saya akan sentiasa rasa tertarik untuk kekal kerana saya sayangkan kumpulan dan saya sukakan peluang itu,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan beraksi di Euro 2028 – yang diadakan di England, Republik Ireland, Scotland dan Wales – jika pasukannya memenangi Piala Dunia.

Ditanya sama ada keinginan yang sama akan ada jika England gagal di Piala Dunia, Tuchel berkata: “Jika anda bertanya kepada saya hari ini, ya. Kerana, seperti yang saya katakan, saya rasa saya berada di tempat yang betul. Saya seronok berada di tempat saya pada masa ini.

“Saya suka cabaran baru. Saya mahukan cabaran baru, saya mahu persekitaran baru. Saya rasa ada sokongan, saya rasa ada kepercayaan dan rasa hormat kepada saya.

“Saya suka kumpulan pemain saya dan saya mahu mereka berjaya dan rasanya saya betul.”

Tuchel turut membincangkan peranan Jude Bellingham dalam pasukannya.

Bintang Real Madrid itu dibuang padang musim lalu kerana berbeza pendapat dan terkenal kerana bermain dengan agresif.

Namun, Tuchel mengagumi kualiti permainannya namun berkata ia mesti diarahkan dengan cara yang betul supaya beliau memberikan persembahan yang baik secara individu, dan juga tidak “menakutkan” rakan sepasukannya sendiri. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg