Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas bos England tidak terburu-buru kembali ke arena bola sepak

Sep 12, 2024 | 5:37 PM
Bekas pengurus skuad bola sepak England, Gareth Southgate, tidak tergesa-gesa mencari peranan baru tetapi berfikiran terbuka sambil menimbang peluang-peluang akan datang.
Bekas pengurus skuad bola sepak England, Gareth Southgate, tidak tergesa-gesa mencari peranan baru tetapi berfikiran terbuka sambil menimbang peluang-peluang akan datang. - Foto AFP

LONDON: Bekas pengurus skuad bola sepak England, Gareth Southgate, berkata beliau tidak tergesa-gesa mencari peranan baru tetapi berfikiran terbuka sambil menimbang peluang akan datang.

Southgate, 54 tahun, meletak jawatan pada Julai selepas kekalahan kedua berturut-turut England di final Euro 2024, menamatkan perkhidmatan lapan tahun bersama Three Lions.

England masih mencari pengganti Southgate, walaupun pengurus sementara Lee Carsley telah mengagumkan dengan kemenangan 2-0 dalam dua perlawanan pertamanya menentang Ireland dan Finland.

Southgate dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford sebagai pengganti kepada jurulatih Manchester United, Erik ten Hag, dan peranan pemerhati teknikal di Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).

“Saya mempunyai banyak peluang, saya berfikiran terbuka tentang perkara seterusnya, baik dalam dunia bola sepak mahupun di luar bola sepak,” kata Southgate kepada Sky News pada 11 September.

“Saya hanya akan mengambil sedikit masa, menyegarkan semula, mengecas semula dan mulai kembali dari sana.

“Saya fikir pada masa ini orang tahu bahawa saya perlu mendapatkan semula tenaga saya. Saya tidak akan tergesa-gesa melakukan apa-apa yang saya mahu pastikan saya berjaya, keputusan yang baik.”

Southgate berkata beliau membantu memulihkan martabat England di pentas antarabangsa sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Ini dilakukan dengan menyaksikan pasukan itu mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan suku pada 2022, dan pusingan akhir dua kejohanan Eropah terakhir.

“Saya rasa anda tidak perlu menyesal. Kami membuat keputusan dengan penuh maklum untuk berusaha dan menghasilkan pasukan menang.

“Saya memberikan segala daya upaya saya. Kami meningkatkan jangkaan dan itu penting. Kami perlu meletakkan semula bola sepak Inggeris di dalam peta,” tambah Southgate. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg