Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bellingham terima calon Ballon d’Or, tiada Ronaldo atau Messi

Sep 5, 2024 | 1:09 PM
Pemain England Jude Bellingham (tengah) antara 30 pemain disenaraikan bagi anugerah Ballon d’Or lelaki pada 2024.
Pemain England Jude Bellingham (tengah) antara 30 pemain disenaraikan bagi anugerah Ballon d’Or lelaki pada 2024. - Foto AFP

LONDON: Buat kali pertama sejak 2003, Cristiano Ronaldo mahupun Lionel Messi tidak termasuk dalam pencalonan bagi anugerah Ballon d’Or lelaki, yang diumumkan pada 4 September.

Pemain England, Jude Bellingham, antara 30 pemain disenaraikan.

Pemain bintang Portugal, Ronaldo, yang memenangi anugerah itu lima kali, juga gagal menerima pencalonan pada 2023.

Manakala Messi, yang merangkul anugerah itu untuk rekod lapan kali pada 2023 dan telah dicalonkan sebanyak 16 kali, terlepas meskipun kemenangan Argentina dalam kejuaraan Copa America pada 2024.

Sepanyol, juara Euro 2024, mempunyai enam pemain dicalonkan termasuk pemain sayap Barcelona, Lamine Yamal, 17 tahun, di samping Nico Williams, Alejandro Grimaldo, Dani Olmo, Rodri dan Dani Carvajal, yang juga memenangi Liga Juara-Juara bersama Real Madrid.

Real mempunyai sejumlah tujuh pemain dicalonkan, termasuk Kylian Mbappe bersama dengan Bellingham dan pemain Brazil, Vinicius Junior, antara calon lain dari kelab Sepanyol itu.

England, naib juara kepada Sepanyol di Euro 2024, mempunyai lima calon lain lagi iaitu Harry Kane, Bukayo Saka, Declan Rice, Cole Palmer dan Phil Foden.

Pemain kelab Liga Perdana England (EPL) turut mendapat tempat dalam senarai calon, dengan dua pemain Arsenal, William Saliba dan Martin Odegaard, menyertai Ruben Dias dan Erling Haaland dari Manchester City.

Penjaga gawang Aston Villa dan Argentina, Emiliano Martinez, sekali lagi disenaraikan, manakala pemain asal London, Ademola Lookman, juga dicalonkan setelah beliau menjadi inspirasi kepada kemenangan Liga Europa Atlanta pada Mei.

Pemenang kali pertama dijamin kerana tiada tempat untuk Messi atau Ronaldo, manakala Karim Benzema dan Luka Modric – satu-satunya penerima sebelum ini yang masih bermain – juga diketepikan daripada senarai pendek.

Trio pemain pasukan wanita England, Lucy Bronze, Lauren James dan Lauren Hemp, telah disenarai pendek untuk anugerah wanita selepas musim yang baik dengan kelab masing-masing, Barcelona, ​​Chelsea dan Manchester City.

Penyerang Manchester City, Khadija Shaw, juga berada dalam senarai 30 pemain selepas kempen cemerlang bersama rakan sepasukannya Yui Hasegawa.

Pemain yang baru menyertai Arsenal pada musim panas ini, Mariona Caldentey, dan dua pemain Chelsea, Sjoeke Nüsken dan Mayra Ramírez, turut dicalonkan.

Pemain midfield Barcelona, ​​Aitana Bonmati, akan merebut trofi itu selepas beliau memenangi anugerah tersebut pada 2023 dan begitu juga rakan sepasukan kelabnya, pemenang dua kali, Alexia Putellas.

Sementara itu, Ada Hegerberg yang menerima trofi itu pada 2018, turut disenarai pendek.

Pengurus pasukan wanita Amerika Syarikat yang baru, Emma Hayes, menghadapi persaingan untuk anugerah jurulatih wanita terbaik daripada pengendali England, Sarina Wiegman, dan pengganti Hayes dari Chelsea, Sonia Bompastor.

Dua pemain Manchester United, Kobbie Mainoo dan Alejandro Garnacho, telah dicalonkan untuk Piala Kopa, yang dianugerahkan kepada pemain muda lelaki terbaik 2024.

Bellingham memenangi anugerah itu pada 2023, tetapi Mainoo berdepan saingan daripada pemenang Euro 2024 Sepanyol, Yamal, dan Savinho, yang menyertai Manchester City pada musim panas ini.

Majlis Anugerah Ballon d’Or 2024, untuk menobatkan pemain terbaik dunia, akan berlangsung pada 28 Oktober di Paris. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg