Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas CEO Lion City Sailors dilantik setiausaha agung baru FAS

Sep 13, 2024 | 6:28 PM
Chew Chun-Liang kembali dalam sukan bola sepak pada November, hampir dua tahun setelah beliau meninggalkan kelab Liga Perdana Singapura (SPL) pada 2022 untuk menjadi timbalan ketua di Pejabat Generasi Warga Emas (SGO) di bawah Agensi Penjagaan Bersepadu.
Chew Chun-Liang kembali dalam sukan bola sepak pada November, hampir dua tahun setelah beliau meninggalkan kelab Liga Perdana Singapura (SPL) pada 2022 untuk menjadi timbalan ketua di Pejabat Generasi Warga Emas (SGO) di bawah Agensi Penjagaan Bersepadu. - Foto fail

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah melantik bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Lion City Sailors, Chew Chun-Liang, sebagai setiausaha agungnya yang baru, berkuat kuasa November.

Pengumuman itu dibuat oleh FAS pada 13 September, mengakhiri spekulasi mengenai siapa yang bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan setiausaha agung semasa Yazeen Buhari.

Yazeen, yang telah berkhidmat bersama FAS selama enam tahun, telah mengumumkan pada 5 Julai bahawa beliau akan mengundur diri pada 30 September untuk menyertai keluarganya di Malaysia.

Chew kembali dalam sukan itu pada November, hampir dua tahun setelah beliau meninggalkan kelab Liga Perdana Singapura (SPL) pada 2022 untuk menjadi timbalan ketua di Pejabat Generasi Warga Emas (SGO) di bawah Agensi Penjagaan Bersepadu.

Dalam satu kenyataan media, presiden FAS, Bernard Tan, berkata kepimpinan Chew yang terbukti merentasi pelbagai bidang termasuk perkhidmatannya yang cemerlang dengan AIC dan masanya di Lion City Sailors meletakkannya sebagai “calon yang ideal untuk menerajui FAS pada saat genting ini”.

“Chun-Liang memahami cabaran yang kami hadapi. Memandangkan kerjanya sebelum ini dalam bola sepak, dia mengetahui pihak berkepentingan dan biasa dengan isu-isu tersebut. Kami menjangkakan dia dapat pantas membimbing FAS di bawah pengawasannya.”

Semasa Chew berkhidmat di Sailors dari 2020 hingga 2022, pasukan Liga Perdana Singapura itu telah menubuhkan jabatan sains sukan, menyediakan laluan pembangunan belia uang berstruktur di samping pelaksanaan protokol penglibatan peminat dan masyarakat dan program bola sepak wanita yang sentiasa bertambah baik.

Kelab itu juga memenangi kejuaraan liga pertama mereka pada 2021 dan membuka kemudahan latihan bersepadu pertama seumpamanya di negara ini yang bernilai $10 juta di Mattar Road pada 2022.

Rekod prestasinya juga terbukti melangkaui bola sepak. Dalam bidang penjagaan warga tua, Chew memainkan peranan penting dalam memacu beberapa program nasional dalam AIC tempoh beberapa tahun lalu, termasuk pelaksanaan program pusat penuaan aktif dan jangkauan Pakej Generasi Merdeka.

Chew mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan Tan dan Jawatankuasa Eksekutif FAS untuk melantiknya.

“Ini juga yang saya lakukan di Sailors, dan masa saya di Mattar Road telah membantu saya memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang fraterniti ini. Jelas kepada saya bahawa bola sepak mempunyai tempat yang istimewa di hati rakyat Singapura, dalam perbualan yang saya perolehi dengan pemegang kepentingan sukan ini, saya yakin bahawa saya akan dapat menyumbang untuk mengemudi organisasi ke arah yang Bernard, majlis FAS, dan rakyat Singapura mahu bola sepak tuju,” kata Chew.

“Saya akan menambah baik asas yang Yazeen bantu tetapkan, dan saya berharap dapat meneruskan kerja baik itu dalam cara yang akan menyaksikan bola sepak Singapura semakin berkembang pada tahun-tahun mendatang,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg