Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bekas juara UFC Ronda Rousey rahsiakan konkusi, cedera saraf

Atlet MMA jadi wanita pertama sertai UFC pada 2012,
pertahan kejuaraan enam kali sebelum tewas dan bersara 2016
Apr 15, 2024 | 05:31 AM



CALIFORNIA: Bekas juara bantamweight seni bela diri campuran (MMA) UFC, Ronda Rousey, menyembunyikan kecederaan gegaran, atau konkusi, dan saraf yang dialaminya sepanjang memegang kejuaraan itu.


Konkusi ialah tidak sedarkan diri sekejap akibat kecederaan pada kepala.

Rousey, 37 tahun,yuyyy dan berasal dari Amerika Syarikat, menjadi wanita pertama yang menyertai UFC pada 2012, dan berjaya mempertahankan kejuaraannya sebanyak enam kali sebelum ditewaskan Holly Holm pada 2015.

Rousey berkata kekalahannya itu menyebabkan beliau menilai sendiri kerjayanya demi kesihatan jangka panjang.

“Sukar untuk menyaksikan petikan rakaman pertarungan itu,” kata Rousey kepada BBC Sport.


“Kerana saya boleh lihat pada mata saya bahawa saya merana ketika itu akibat kecederaan saraf yang berlaku berdekad-dekad lamanya.

“Ia membuat saya marah apabila orang nampak perkara itu dan berkata ‘keupayaan Ronda jauh lebih rendah’,” ujarnya.

Bercakap ketika pelancaran bukunya yang baru, Our Fight (Pertarungan Kami), Rousey mendedahkan betapa konkusi yang dialami selama berdekad dalam kerjaya judo, menjejas kerjayanya dalam UFC.


Beliau memenangi pingat gangsa dalam judo bagi Amerika pada Sukan Olimpik 2008.

Rousey berhenti dan mengambil nafas panjang apabila beliau menceritakan tentang kesejahteraan dirinya menjelang perlawanan menentang Holm.

Beliau tewas menerusi knockout akibat tendangan di kepalanya pada pusingan kedua.


“Saya mengalami konkusi sebelum pertarungan itu – saya terjatuh dari tangga dan pengsan dua minggu sebelum itu.

“Sebenarnya saya merahsiakan kecederaan konkusi dan kecederaan saraf lama hingga ia menjadi sebahagian daripada kehidupan saya.

“Pada masa itulah saya terpaksa menilai diri saya sendiri dan berkata pada diri saya, ‘otak kau dah mengalami terlalu banyak kecederaan sekian lama’,” tambahnya.

Rousey masuk gelanggang sekali lagi buat kali terakhir 13 bulan selepas tewas kepada Holm, dan tewas kepada Amanda Nunes.

Selepas itu, beliau ambil keputusan dan kemudian menyertai Hiburan Gusti Dunia (WWE).

Rousey mengalahkan semua lawannya sebelum ditewaskan Holm.

Semasa kerjaya yang meliputi 14 pertarungan MMA, beliau memenangi sembilan perlawanan dengan mengunci lengan lawan menggunakan kakinya, atau armbar, hingga pengadil menghentikan perlawanan, dan 11 kemenangan dicapai dalam pusingan pertama.


“Apabila saya menyertai MMA, saya sedar bahawa saya tidak mampu menerima terlalu banyak pukulan, jadi saya pun menghasilkan gaya pertarungan saya sendiri, yang saya percaya lebih berkesan dengan tujuan mengurangkan kecederaan.

“Ia memaksa saya cuba menamatkan pertarungan dengan pantas dan berkesan, serta cuba menewaskan lawan saya dalam tempoh yang singkat.

“Ia bukan secara tidak sengaja atau nasib baik, ia dilakukan dengan sengaja,” kata Rousey.

Rousey berhenti seketika semasa temu ramah itu dengan wajah yang serius dan kemudian menambah:

“Sekarang, setelah tidak lagi beraksi, saya boleh berbangga dengan diri saya dan berasa ‘tiada siapa yang sebaik aku hinggalah aku dalam keadaan sakit hingga sentuhan pun boleh menjatuhkan aku’.

“Walaupun rasanya seolah-olah semua orang akan sentiasa menilai saya berdasarkan kegagalan saya, saya tahu saya mencipta gaya pertarungan paling cekap yang pernah wujud dan saya berbangga dengannya.”

Atlet dalam pelbagai jenis sukan sedar akan risiko konkusi yang boleh mereka hadapi.

Chronic traumatic encephalopathy (CTE) adalah masalah otak yang dikaitkan dengan pukulan berkali-kali pada kepala dan konkusi.


Keadaan itu terus menjadi teruk dan menyebabkan demensia.

Hanya 45 kes CTE disahkan di seluruh dunia pada 2007, dan sekarang semakin ramai mengambil bahagian dalam kajian mengenainya.

Rousey sebelum ini merahsiakan tentang kecederaannya dan sekarang memutuskan untuk berkongsi tentangnya.

Ini kerana beliau bimbang UFC dan WWE akan melarangnya berlawan demi keselamatannya.

Keadaan otaknya tidaklah seteruk yang dijangkanya.

Sebelum perlawanan WWE pertamanya pada 2018, Rousey melahirkan rasa leganya selepas mendapat tahu otaknya dalam keadaan baik menyusuli imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI)

“Doktor juga terperanjat, seolah-olah berkata ‘kami jangka otak awak sudah rosak teruk tapi otak awak masih baik’.

“Selepas itu saya berhenti menangis apabila telefon saya hilang, padahal sebelum itu apabila telefon saya hilang saya berasa bimbang yang CTE sudah melanda saya.

“Saya bimbang sebab ramai anggota keluarga saya mengalami masalah nyanyuk dan demensia, dan mereka tidak mengalami pukulan berkali-kali di kepala selama bertahun-tahun,” ujarnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >