Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perbualan kasar pesaing, ‘bakar semangat’ Leon Edwards buru kemenangan

Dec 20, 2023 | 10:17 AM



LAS VEGAS: Semuanya berubah selepas atlet seni bela diri campuran (MMA), Colby Covington melemparkan komen kasar terhadap mendiang bapa pencabarnya, Leon Edwards.


Ramai penonton yang ketika itu berada di MGM Grand Garden Arena di Las Vegas terperanjat dengan komen tersebut, sementara para wartawan dilaporkan terdiam dan memandang satu sama lain.

Namun perubahan terbesar sebenarnya melibatkan Leon Edwards.

Edwards, 32 tahun, yang merupakan ahli MMA asal Britain, kelihatan tenang ketika komen tersebut dilontar lawannya itu, namun emosinya dikatakan bergelora dalam diri.

“Memang sukar mengawal diri ketika kami sedang mengambil berat badan. Memang saya rasa amat marah dalam diri saya...


“Tapi selepas berbual dengan ibu dan jurulatih saya, kami anggap, ia sesuatu yang tidak perlu difikirkan sangat kerana saya perlu beri tumpuan kepada diri saya.

“Itu yang diinginkan lawan saya itu, menjejas emosi saya dan cuba tumbangkan saya.

“Terus terang apa yang dikatakannya memang salah, tapi kita lupakannya, dan masuk gelanggang dan lakukan yang terbaik buat diri saya,” kata Edwards.

Jelas itulah yang dilakukan Edwards.

Meskipun tergerak untuk mencederakan Covington dari Amerika Syarikat dengan teruk, namun Edwards terus tenang ketika bertarung.

Beliau dikatakan berjaya mengawal emosi dan sebaliknya berlawan secara bijak sehingga beliau disahkan pemenang keseluruhan perlawanan itu, lantas mengekalkan kejuaraan ‘welterweight’ beliau dalam pertandingan UFC 296.

Ketika keputusan perlawanan diumumkan, Edwards hampir menitiskan air mata, kerana berasakan dirinya dapat luahkan perasaannya.


“Pencabar saya itu memperlekehkan insiden ayah saya dibunuh sebagai bahan hiburannya.

“Sebenarnya selepas kemenangan itu, saya masuk ke bilik persalinan dan terus menangis. Memang tidak patut beliau gunakan kematian ayah saya sebagai bahan komennya,” tambah Edwards.

Edwards juga akur bahawa ia merupakan salah satu perlawanan paling beremosi buatnya yang perlu ditanganinya semasa dalam gelanggang.

Namun beliau berasa dirinya mendapat sokongan hebat daripada orang sekeliling.

“Saya memang hendak terus bertarung habis-habisan dengan beliau, namun jurulatih dan ibu saya berkata agar usah ambil peduli apa yang dikatakannya untuk tempoh 25 minit.

“Selepas tempoh itu, anda boleh luahkan perasaan sebanyak mungkin,” jelas Edwards.

Komen kasar oleh Covington menimbulkan persoalan tentang sejauh mana perbualan sedemikian patut digunakan dalam usaha ‘memasarkan’ perlawanan.

Memang Covington, 35 tahun, sering berbual secara kasar dan gemar menunjuk dalam usaha menarik perhatian peminat terhadap perlawanannya.

Namun tindakan terkininya itu mengundang kritikan ahli MMA lain.

Semasa satu persidangan media menjelang pertandingan UFC 296, Covington menyentuh tentang kematian bapa Edwards yang dilaporkan dibunuh semasa ahli MMA itu masih berusia 13 tahun.

Malah komen Covington itu sendiri mengundang cemuhan daripada ketua pegawai eksekutif (CEO) UFC, Dana White.

“Ternyata ia menjejas semua orang,” kata White semasa sidang media selepas pertandingan tersebut.

“Apa yang saya katakan adalah benar. Kita sama-sama dalam pertandingan ini, dan banyak sungguh perkara tidak elok yang diperkatakan.

“Tapi apa yang paling menjejas saya adalah perbualan komen mengenai keluarga,” ujar White.

Menurut White komen yang menyerang keluarga tidak kira anak, isteri, ibu bapa, semua itu dianggap terlalu kasar.

Namun beliau turut akur bahawa ia merupakan salah satu sukan di mana komen cemuhan yang kasar sering dilemparkan.

“Dan sebab itulah anda sendiri lihat betapa marahnya Edwards semasa dalam gelanggang.

“Ketika itu saya langsung menuju ke sudut Edwards dan nyatakan yang beliau menang dengan cara terbaik dan beliau telah mendominasi lawannya, dan mungkin juga lawannya itu boleh didenda,” katanya.

Meskipun akur perlawanan telah menambah pembelian tiket tontonan sehingga 25 peratus, namun apa yang diperkatakan ahli MMA itu jelas tidak patut digunakan sebagai bahan untuk mencemuh pihak lawan.

“Saya fikir kanak-kanak tidak boleh digunakan dalam semua bahan komen kasar, begitu juga ibu bapa yang dibunuh.

“Saya tidak setuju bagaimana cemuhan sedemikian boleh digunakan untuk memasarkan satu-satu pertandingan atau sebagai bahan hiburan,” jelas White. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >