Bekas pelari pecut pimpin pasukan S’pura di Sukan Olimpik Musim Sejuk

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas pelari pecut pimpin pasukan S’pura di Sukan Olimpik Musim Sejuk

Bakal bimbing atlet ski ‘alpine’ Faiz Basha di Italy dalam penyertaan negara pertama bagi acara salji
Feb 3, 2026 | 8:14 PM

Bekas pelari pecut pimpin pasukan S’pura di Sukan Olimpik Musim Sejuk

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, Amirudin Jamal, Mark Chay, Wang Huayou, Winter Olympics, Olimpik
Bekas pelari pecut negara, Amirudin Jamal (kanan), dilantik sebagai ‘chef-de-mission’, ataupun pemimpin kontinjen Singapura. di Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026. Bersamanya ialah (dari kiri) Pengerusi serta Presiden ANTA Asia Tenggara, Wang Huayou, dan Setiausaha Agung SNOC, Mark Chay, di pejabat ANTA pada 3 Februari. - Foto SNOC

Bekas pelari pecut negara Amirudin Jamal dilantik sebagai chef-de-mission pasukan Singapura, yang memimpin kontinjen pasukan negara, bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026.

Pasukan Singapura sedang giat buat persiapan menjelang temasya yang akan berlangsung dari 6 hingga 22 Februari di Italy.

Amirudin merupakan atlet dua kali Sukan Komanwel, selepas beraksi dalam acara 100 meter (m) dan 4x100m lelaki pada edisi 2010 dan 2014.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai penolong ketua kontinjen pasukan Singapura pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, di mana beliau membantu menguruskan kontinjen seramai 67 atlet yang bertanding dalam sembilan jenis sukan.

Kali ini, Amirudin akan mengetuai kontinjen yang terdiri daripada seorang atlet sahaja, dengan atlet ski alpine, Faiz Basha, mencipta sejarah sebagai atlet Singapura pertama yang layak ke acara salji di Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Faiz akan beraksi dalam dua acara, slalom dan giant slalom lelaki, mewakili Singapura di pentas sukan musim sejuk paling berprestij dunia.

Amirudin akan membimbing serta menyokong atlet dan kakitangan pasukan, sambil memupuk persekitaran yang positif dan berprestasi tinggi bagi pasukan Singapura dalam persiapan menuju Milano Cortina 2026.

“Ia satu penghormatan untuk dilantik sebagai ketua kontinjen pasukan Singapura di Sukan Olimpik Musim Sejuk,” kata Amirudin.

Beliau juga menambah bahawa pengalamannya sebagai bekas atlet dan penolong ketua kontinjen memberinya “pemahaman yang kukuh tentang keperluan atlet dan pasukan sokongan di temasya besar”.

Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama rapat dengan Faiz serta pasukannya sepanjang tempoh persiapan ke temasya tersebut.

Faiz turut dipilih sebagai pembawa bendera Singapura pada upacara pembukaan.

“Melayakkan diri ke Sukan Olimpik Musim Sejuk merupakan satu pencapaian besar buat saya dan juga sukan musim sejuk di Singapura.

“Untuk mewakili Singapura dalam dua acara ski alpine di Milano Cortina 2026 amat bermakna bagi saya,” kongsi Faiz yang berusia 24 tahun.

Faiz berkata tumpuannya menjelang temasya tersebut adalah untuk melakukan aksi yang lancar, kekal kompetitif, terus memperbaiki kedudukan ranking antarabangsa, serta mempamerkan prestasi terbaik di pentas Olimpik.

Beliau dijadualkan beraksi di Pusat Ski Stelvio pada 14 Februari bagi acara giant slalom dan 16 Februari bagi acara slalom.

Seiring dengan pelantikan Amirudin, Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) turut mengumumkan kerjasama baru selama lima tahun dengan jenama pakaian sukan, ANTA, bagi menyokong atlet sukan musim sejuk Singapura sehingga Sukan Olimpik Musim Sejuk French Alps 2030.

Perjanjian tersebut dimeterai dalam satu majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di pejabat ANTA Singapura pada 3 Februari, melibatkan Setiausaha Agung SNOC, Mark Chay, dan Pengerusi serta Presiden ANTA Asia Tenggara, Wang Huayou.

“Kerjasama dengan ANTA mencerminkan kepercayaan bersama dalam menyokong atlet secara jangka panjang termasuk mereka yang bersaing dalam sukan musim sejuk.

“Kami amat berbesar hati mengalu-alukan ANTA sebagai rakan pakaian pasukan Singapura bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk dan menantikan kerjasama erat ketika atlet kami membuat persiapan untuk Milano Cortina 2026 dan seterusnya,” kata Chay.

Di bawah kerjasama itu, ANTA akan berperanan sebagai Penaja Rasmi Pakaian Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Penaja Rasmi Kasut Pasukan Singapura, dengan menajakan pakaian yang direka khusus untuk pertandingan elit dalam keadaan cuaca sejuk ekstrem.

ANTA juga akan menaja kasut kepada atlet pasukan Singapura bagi beberapa temasya utama termasuk Sukan Komanwel 2026, Sukan Asia 2026, Sukan SEA 2027, Sukan Olimpik 2028 dan Sukan SEA 2029.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg