Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bekas pelayar Tan Wearn Haw pimpin kontinjen Team Singapore

MENJELANG OLIMPIK PARIS 2024
Apr 17, 2024 | 04:27 PM



Bekas pelayar negara, Tan Wearn Haw, akan menjadi chef-de-mission (CDM), iaitu pemimpin kontinjen, Team Singapore di temasya Sukan Olimpik di Paris dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Ini kali pertama beliau dilantik menjadi ketua rombongan Team Singapore.

Namun, sebagai bekas atlet Olimpik dan pelayar negara berpengalaman, Tan, 45 tahun, bukan orang asing dalam bidang sukan, lapor The Straits Times.


Pada Sukan SEA, beliau memenangi emas dalam acara 470 lelaki sukar layar bersama Chung Pei Ming pada 2001, serta perak dalam acara optimis lelaki (1991), ‘fireball’ terbuka (1997) dan gangsa dalam acara optimis terbuka antarabangsa (1993).

Tan dinobatkan sebagai Atlet Muda Terbaik, atau Sportsboy of the Year, 1993 dan 1996.


Beliau juga meraih dua gangsa dalam acara 470 lelaki di Sukan Asia hasil kejayaannya bersama Charles Lim pada 1998 dan bersama Chung pada 2002.

Dalam tempoh empat tahun itu, beliau bertanding dalam acara 470 lelaki bersama Koh Seng Leong di Sukan Olimpik Sydney 2000 dan menduduki tempat ke-28 daripada 29 pasangan yang menyertai pertandingan tersebut.

Tan akan menjadi anggota ketiga daripada kumpulan sukan layar di sini yang dilantik, secara berturut-turut, menjadi CDM Olimpik selepas Low Teo Ping (Rio 2016) dan Ben Tan (Tokyo 2020).

Selepas Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) mengumumkan pelantikan beliau sebagai CDM pada 16 April, Tan berkata:

“Berkhidmat sebagai chef-de-mission adalah satu penghormatan, dan saya tidak sabar untuk menyokong Team Singapore di Paris.”


Terlatih sebagai jurutera aeronautik di Perancis dan Britain, pengarah perancangan strategik dan kerjasama di Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) itu pernah berkhidmat dalam pelbagai sektor, termasuk sosial, belia, sukan, pendidikan, badan tidak mencari untung, kewangan dan kesihatan.

Tan berusia 32 tahun apabila beliau memulakan tugas selama lima tahun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Pelayaran Singapura (SSF) pada 2010.

Beliau juga menjadi sukarelawan bersama pelbagai pertubuhan tidak mencari untung, termasuk Persekutuan E-Sukan Sedunia (GEF), Jawatankuasa Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura (SOF)-Peter Lim, imPAct @Hong Lim Green dan SSF.

Mengenai pelantikannya, Tan berkata: “Sukan Paris 2024 akan memaparkan Sukan Olimpik yang kembali (seperti sediakala) tanpa sekatan pandemik, selain sukan, acara dan format baru yang menarik.

“Kita akan mempunyai atlet Singapura yang bersaing dalam beberapa acara baru ini.

“Saya ingin sekali melihat atlet kita memenuhi impian mereka di pentas Olimpik, dan memberi inspirasi kepada warga Singapura melalui perjalanan, cerita dan persembahan mereka.”

Salah seorang atlet yang akan menjadi pencabar pingat dalam acara baru itu ialah pelayar berusia 17 tahun, Maximilian Maeder, yang merupakan juara dunia sukan Formula Kite lelaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >