Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan Olimpik Paris istimewa bagi pasukan berganti-ganti wanita S’pura

Dua pasangan adik-beradik jadikannya pasukan renang
yang ‘unik’ bertanding dalam temasya sukan itu
Mar 06, 2024 | 06:11 PM



Sukan Olimpik Paris akan menjadi temasya sukan yang istimewa, kata pasukan berganti-ganti rampai 4x100 meter wanita Singapura.

Kuartet perenang yang terdiri daripada Quah Ting Wen, Quah Jing Wen, Letitia Sim dan Levenia Sim bukan hanya mencipta sejarah sebagai pasukan berganti-ganti pertama negara yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik berdasarkan merit.

Bahkan, mereka juga mempunyai dua pasangan adik-beradik, yang menjadikannya pasukan Singapura yang ‘unik’ apabila bertanding dalam temasya sukan itu, yang berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos.

Bercakap semasa hari media anjuran Akuatik Singapura (SAQ), yang diadakan di Pusat Akuatik OCBC pada 6 Mac, Ting Wen, yang bakal membuat penampilan keempatnya di Sukan Olimpik, berkata:

“(Edisi) ini istimewa buat saya… Ia kali pertama Singapura melayakkan diri dalam acara pasukan berganti-ganti di Sukan Olimpik dan saya tidak tahu bila lagi akan ada dua pasangan adik dan kakak dalam satu pasukan berganti-ganti. 

“Ia juga menakjubkan… Sejak tahun lalu (2023), (ketua jurulatih renang di pusat latihan nasional) Bradford (Dingley) telah berkata betapa pentingnya acara pasukan berganti-ganti dan bagaimana kita harus berusaha melayakkan lebih banyak pasukan ini supaya dapat membawa pasukan renang yang lebih besar ke Sukan Olimpik. Setahun kemudian, betul kata-katanya itu.”

Dalam dua edisi lalu Sukan Olimpik, Singapura diwakili tiga perenang (Joseph Schooling, Quah Zheng Wen dan Ting Wen) di Rio 2016 dan empat perenang (Schooling, Zheng Wen, Ting Wen dan Chantal Liew) di Tokyo 2020.

Bilangan itu hampir berganda untuk edisi 2024.

Selain pasukan berganti-ganti wanita itu, Jonathan Tan (gaya bebas 50 meter lelaki) dan Letitia (kuak dada 100 meter wanita) juga telah melayakkan diri untuk acara individu di Paris.

Ditanya media sama ada Paris 2024 akan menjadi Sukan Olimpik terakhirnya, Ting Wen, 31 tahun, berkata beliau tidak melihatnya sebegitu, tetapi sebaliknya melihatnya sebagai satu permulaan yang dapat “membuka lembaran baru” dalam renang Singapura.

“Mudah-mudahan, kami mendapat lebih ramai orang – termasuk perenang lelaki dalam pasukan – terlibat dalam acara pasukan berganti-ganti (selain acara individu). Ada banyak peluang yang boleh kita memanfaatkan,” katanya.

Walaupun era Ting Wen dalam Sukan Olimpik mungkin berakhir di Paris, perjalanan adiknya, Jing Wen, bersama satu lagi pasangan adik dan kakak, Letitia dan Levenia, hanya baru bermula ketika mereka membuat penampilan sulung masing-masing kelak.

Jing Wen, 23 tahun, mendambakan peluang berkongsi detik istimewa di Sukan Olimpik bersama kakaknya, Ting Wen. Kakak dan abangnya, Zheng Wen, pernah ke Sukan Olimpik bersama pada edisi 2016 dan 2020. 

“Ia menjadi impian saya untuk ke Sukan Olimpik bersama adik-beradik saya. Ini peluang yang hebat dan tidak ramai orang yang boleh kata mereka telah ke Sukan Olimpik dengan keluarga. Jadi, ia sesuatu yang istimewa,” ujarnya.

Letitia, 21 tahun, pula tidak sabar menikmati seluruh proses di Sukan Olimpik.

“Sejak kecil, saya sentiasa ingin melakukan sesuatu yang hebat dan besar, dan Sukan Olimpik adalah pentas yang terbaik di dunia. Tiada apa yang dapat membandingkannya,” kongsinya sambil menambah bahawa mendapatkan tatu Sukan Olimpik adalah antara perkara dalam senarai yang diingininya.

Adiknya, Levenia, 17 tahun, yang merupakan muka baru dalam pasukan itu, berkata:

“Sudah lima bulan berlalu sejak saya membuat penampilan sulung saya untuk Singapura. Ia menjadi impian saya untuk layak ke Sukan Olimpik bersama kakak saya, dan untuk berbuat sedemikian di Paris adalah sesuatu yang istimewa.”

Pada 6 Mac, SAQ juga mengumumkan kerjasama mereka dengan penyedia tempahan hotel berkumpulan, HotelPlanner.

Perkongsian selama dua tahun itu akan membolehkan peserta antarabangsa yang mengambil bahagian dalam pertandingan akuatik di Singapura memanfaatkan perkhidmatan HotelPlanner untuk merancang penginapan dan jadual perjalanan mereka. 

Atlet akuatik Singapura pula akan mendapat manfaat daripada kadar penginapan yang baik apabila melancong ke luar negara untuk pertandingan dan kem latihan apabila mereka menggunakan platform itu.

Singapura akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Akuatik Dunia dan Kejohanan Renang Para Dunia pada 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >