Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA 2014

Belanda tundukkan Mexico 2-1 dalam kesudahan kontroversi

Belanda menang setelah diberikan penalti dalam minit ke-91, bakal temui Costa Rica di suku akhir pada 6 Julai.
Jun 30, 2014 | 08:31 PM



BELANDA menjaringkan dua gol dalam enam minit terakhir untuk bangkit menundukkan Mexico dalam perlawanan Piala Dunia pusingan kedua yang berkesudahan dengan kontroversi.


Pemain midfield Arjen Robben memenangi penalti pada minit ke-91 selepas beliau merebah dirinya secara dramatik dalam petak penalti apabila disentuh kapten Mexico Rafael Marquez.


Klaas Jan Huntelaar menyempurnakan penalti itu dalam minit ke-94, untuk melengkapkan kebangkitan Belanda yang sebelum itu menyamakan kedudukan menerusi gol jaringan Wesley Sneijder pada minit ke-88.


Giovanni Dos Santos membuka tirai jaringan untuk Mexico sejurus selepas waktu rehat.


Kemenangan itu bermakna Belanda menempah tarikh temu janji dengan Costa Rica yang menundukkan Greece 5-3 menerusi sepakan penalti selepas jaringan terikat 1-1 di akhir masa tambahan.


Negara Amerika Utara itu menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Oscar Duarte dilayangkan kad merah pada minit ke-52.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >