Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

‘Belanja besar pikat pemain tidak akan berkurangan’

Liga Profesional Saudi
Aug 07, 2023 | 05:36 PM



LONDON: Perbelanjaan “luar biasa” Liga Profesional Saudi (SPL) untuk mendapatkan pemain dijangka berterusan, menurut salah seorang eksekutif terkemuka liga itu.


“Saya fikir bajet telah diperuntuk bagi beberapa tahun mendatang, saya tidak menjangka ini (mendapatkan pemain) akan berkurangan,,” kata pengarah British, Peter Hutton, salah seorang ahli lembaga liga itu.

SPL telah berjaya menarik beberapa nama terkemuka dalam sepak bola, termasuk bekas pemain Manchester United Cristiano Ronaldo, penerima anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali yang menyertai liga itu pada Januari.

Pemain lain termasuk penyerang Real Madrid, Karim Benzema; bekas kapten Liverpool, Jordan Henderson; dan beberapa pemain terkemuka lain daripada kelab besar Chelsea, Manchester City dan Bayern Munich.

Kelab Arab Saudi Al-Hilal bulan lalu membida jumlah rekod dunia 259 juta euro ($380 juta) bagi penyerang Paris St-Germain, Kylian Mbappe.

Hutton, yang pernah menyandang jawatan eksekutif kanan di Eurosport, ESPN, IMG dan Facebook, berkata:

“Saya telah bekerja dalam bidang sukan sepanjang 40 tahun dan saya tidak pernah melihat sebuah projek sebesar, sehebat dan seberazam untuk berjaya seperti ini.”

Dalam satu wawancara siaran khas ‘The Saudi Story’ (Kisah Saudi) program BBC Radio 5 Live, Hutton berkata kepada editor sukan BBC Dan Roan ini “tidak semestinya satu perkara buruk” jika bola sepak Eropah tidak sekuat dahulu.


Hutton juga meletakkan konteks perbelanjaan Arab Saudi itu dengan berkata “ia mendorong perbualan dalam dunia sukan tetapi ia hanya satu suku atau seperlima perbelanjaan kelab Liga Perdana (England) musim panas ini”.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, sebelum ini berkata kuasa kewangan SPL telah “mengubah pasaran” pemindahan pemain dan kelab elit “perlu sedar apa yang sedang berlaku”.

Rakan sejawatnya di Liverpool Jurgen Klopp pula telah menyuarakan keprihatinannya mengenai tempoh pemindahan pemain tutup lebih lewat di Arab Saudi.

Menurut Transfermarkt, kelab SPL telah membelanjakan 409 juta euro ($600 juta) sejauh ini pada musim panas ini – jumlah kelima tertinggi dalam bola sepak dunia dan melebihi perbelanjaan La Liga Sepanyol yang sebanyak 254 juta euro.

EPL berada di kedudukan paling atas dengan perbelanjaan sebanyak 1.37 bilion euro.

Apabila ditanya bagaimana SPL berupaya mengancam status quo kuasa-kuasa besar dalam bola sepak, Hutton berkata:

“Pelaburan daripada Arab Saudi amat luar biasa. Sudah tentu ia satu perkembangan besar.

“Ia tidak semestinya bermakna Eropah tidak akan menjadi sekuat itu dalam bola sepak dunia pada masa mendatang. Tetapi saya kira ia juga tidak semestinya satu perkara buruk. Adalah baik bola sepak ada kekuatan di serata dunia.”

“Pertunjukan mutu bola sepak yang baik merupakan pihak yang akan menetapkan kekuatannya di peringkat sedunia.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >