Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Belum ada kajian kaitkan padang tiruan dedah pemain pada kecederaan

Semalam, akhbar ini memaparkan laporan berkaitan kecederaan yang dialami para atlet – yang kebetulan semasa bermain di atas padang tiruan. Dalam laporan kedua hari ini, BERITA HARIAN mendapatkan pandangan beberapa pihak berkepentingan berkaitan isu tersebut dan apa yang boleh dilakukan untuk mengatasinya dan proses pemulihannya.Ikuti laporan di bawah ini.
Feb 13, 2023 | 05:30 AM



KAJIAN belum menunjukkan terdapat kaitan antara padang rumput tiruan dengan kecederaan ligamen lutut anterior (ACL) dalam bola sepak.



Namun ciri berbeza antara padang rumput tiruan dengan padang rumput semula jadi adalah permukaan rumput yang digunakan semasa latihan atau pertandingan dan ini boleh menimbulkan kecederaan ke atas seorang atlet.



Ini berlaku sekiranya atlit tersebut tidak biasa bermain di atas permukaan yang berlainan.



Menyatakan demikian kepada Berita Harian (BH), Konsultan di Jabatan Perubatan Sukan dan Senaman di Hospital Besar Changi (CGH), Dr Lim Ang Tee, berkata "pihaknya melihat jumlah pesakit dengan kecederaan ACL yang agak ketara di CGH".



"Kajian menunjukkan bahawa kaum wanita lebih terdedah kepada ACL.



"Faktornya pelbagai termasuk perbezaan anatomi, kekuatan otot dan kesan estrogen di mana kesemua dalil ini menjadi sebab yang mungkin menyumbang kepada kecederaan ACL ke atas kaum Hawa.



"Seseorang berisiko lebih tinggi mengalami kecederaan ACL sekiranya hamstring beliau lemah.



"Otot utama yang lemah dan tidak seimbang juga boleh menyebabkan tekanan yang bertambah ke atas lutut dan ACL, lantas menjadikan bahagian itu lebih terdedah kepada kecederaan," ujarnya.



Seorang pakar fisio terapi utama di Physioconnect@Lakeside, Encik Trevor Lee, berkata pihaknya telah menyaksikan beberapa kecederaan berkaitan dengan bermain di padang rumput tiruan.



Namun sekiranya ia disebabkan oleh padang rumput tiruan ia belum dapat dipastikan.Sementara itu, Pengarah Perubatan dan Konsultan, Pakar Bedah Ortopedik di Orion Orthopaedic Surgery, Hospital Mount Elizabeth, Dr Mizan Marican, memberitahu wartawan bahawa kesemua kecederaan ACL dirawat berdasarkan betapa serius kecederaan itu.



Bagi kecederaan ACL di mana ligamennya tidak lagi berfungsi, pesakit boleh menimbangkan pilihan untuk mereka semula ligamen.



"Keputusan tentang jenis rekaan semula yang sesuai perlu dibincangkan oleh para klinisian dengan pesakit sebelum pembedahan.



"Ia boleh mengambil masa sehingga 12 bulan bagi pesakit untuk kembali bersukan sekiranya rekaan semula ACL dilakukan, dengan sesi fisioterapi atau pemulihan pada lutut diambil kira sebagai rancangan rawatan," ujarnya.



Namun sekiranya kecederaan ACL itu kecil dan ligamen beliau masih berfungsi, pilihan rawatan bukan pembedahan termasuk fisioterapi di mana sesi menguatkan otot utama, quadrisep, dan hamstering mungkin dilakukan.



Tempoh pemulihan bergantung kepada bagaimana pesakit memberikan respons kepada rawatan dan betapa teruk kecederaannya itu.



Ia mungkin mengambil tempoh enam bulan hingga setahun sebelum atlit tersebut kembali bersukan. - FARID HAMZAH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >