Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Benzema sertai juara Saudi Al-Ittihad

Jun 07, 2023 | 02:44 PM



JEDDAH: Pemenang anugerah Ballon d’Or, Karim Benzema, telah bersetuju menyertai juara Liga Profesional Saudi, Al-Ittihad, selepas meninggalkan Real Madrid, kata kelab itu pada Selasa.


Perjanjian tiga tahun itu akan menyaksikan Benzema memakai jersi nombor sembilan.

Penyerang asal Perancis berusia 35 tahun itu memenangi 25 trofi – termasuk lima Liga Juara-Juara dan empat kejuaraan La Liga – sepanjang 14 tahun bersama Real namun kelab itu bersetuju melepaskan beliau daripada kontraknya setahun lebih awal.

Benzema menjaringkan 354 gol buat Real, kedua terbanyak di belakang Cristiano Ronaldo, yang menyumbatkan 450 gol bagi pasukan itu dan kini bermain bersama sebuah lagi kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

“Ia (Liga Profesional Saudi) sebuah liga yang baik dan ramai pemain hebat.

“Cristiano Ronaldo ada di sana, seorang rakan yang menunjukkan bahawa Arab Saudi sedang mula mempertingkat tahap bola sepaknya.

“Saya di sini untuk menang, sebagaimana yang saya lakukan di Eropah.

“Saya bernasib baik dapat mencapai banyak perkara hebat dalam kerjaya saya dan mencapai segalanya yang boleh di Sepanyol dan Eropah. Sudah sampai masanya untuk mendapatkan cabaran dan projek baru,” kata Benzema.

Al-Ittihad diurus bekas pengurus Wolves dan Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo dan menjuarai Liga Profesional Saudi musim ini, kali pertama sejak 2009.

Benzema bermain 648 kali bersama Real selepas berpindah daripada Olympique Lyonnais (Lyon) pada 2009, dan menjaringkan gol dalam perlawanan terakhirnya bersama pasukan itu selepas menyempurnakan penalti dalam keputusan seri 1-1 menentang Athletic Bilbao, sebelum beliau digantikan.

Pada awal 2021 beliau dipanggil semula oleh pengurus Perancis, Didier Deschamps, untuk menyertai pasukan nasional – kali pertama dalam enam tahun.

Pada musim 2022-2023, beliau menghadapi masalah kecederaan dan terlepas peluang menyarung jersi negara dalam Piala Dunia di Qatar.

Pada Isnin lalu, satu kenyataan dikeluarkan bagi mengumumkan bahawa Al-Ittihad salah sebuah kelab Arab Saudi yang akan diambil alih oleh Dana Pelaburan Awam negara itu, yang turut memiliki Newcastle United.

Al-Nassr merupakan sebuah lagi kelab, selain Al-Hilal, yang dikaitkan dengan bintang Paris St-Germain (PSG) asal Argentina, Lionel Messi, pada musim panas ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >