Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Berapa lama lagi Solskjaer dapat bertahan?

Suara kian lantang mahu pengurus Man U letak jawatan susuli kekalahan memalukan kepada Liverpool
Oct 27, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Tekanan ke atas Ole Gunnar Solskjaer untuk meletak jawatan terus bertambah - dua hari selepas Manchester United kalah teruk kepada seteru tradisi Liverpool di tempat sendiri.



Ole, yang telah menjadi pengurus United sejak 2018, dianggap legenda di Old Trafford kerana sumbangannya sebagai pemain untuk membantu United menjulang Liga Juara-Juara Eropah pada 1999.



Namun kedudukannya sebagai pemain itu mungkin tidak dapat menyelamatkan jawatannya sebagai pengurus.



Malah, beberapa pemain dikatakan telah mengecam cara Solskjaer membuat persiapan bagi perlawanan dan pilihannya bagi kesebelasan utama.



Bekas penyerang United, Dion Dublin, berkata Solskjaer dan pemainnya saling mengecewakan dan mangsa sebenar adalah masa depan kelab tersebut.



Bekas pemain Liga Perdana England (EPL) Chris Sutton yang kini bertugas sebagai juruanalisis bola sepak berkata Solskjaer kini tidak ada pilihan lain tapi untuk berundur atau dipecat.



"Kami semua memang kawan baik dengan Solskjaer... beliau seorang individu yang baik hati.



"Namun, sebagai pengurus... beliau telah diberi jawatan di United sejak tiga tahun lalu dan dalam masa itu, beliau telah diberikan sokongan dan sumber untuk membeli pemain dan membina pasukan sendiri."



Awal daripada itu, bekas bintang midfield United yang juga rakan sepasukan Solskjaer, Paul Scholes, berkata prestasi United musim ini di bawah jangkaan dan ia perlu pantas bangkit sebelum bertemu lawan yang benar-benar handal.



Beliau berkata demikian sejurus selepas United bangkit setelah ketinggalan dua gol untuk menewaskan Atalanta 3-2 di Old Trafford dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada minggu lalu.



Scholes berkata Solskjaer dan pasukannya harus berjaga-jaga kerana pasukan lebih handal tidak akan membenarkan United menyelamatkan diri sendiri di masa depan.



Hujah Scholes itu bak ramalan yang menjadi nyata apabila Liverpool menjaringkan dua gol dalam masa 13 minit pertama perlawanan EPL di Old Trafford dan menambah dua lagi gol untuk mengakhiri separuh masa pertama dengan jaringan 4-0.



Solskjaer, dengan wajah yang penuh berkerut keluar dari padang di waktu rehat dengan stadium bergema cacian buatnya, menghalau beliau dari Old Trafford.



Bercakap dengan wartawan di akhir perlawanan, Solskjaer berkata beliau menerima tanggungjawab atas cara permainan pasukannya itu, tetapi enggan mengaku beliau kurang upaya memimpin United.



"Saya yakin kami telah mencapai kemajuan... hanya dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini, tuah tidak menyebelahi kami atau kami menghadapi cabaran yang tidak diduga," ujar beliau.



Sekurang-kurangnya, Solskjaer mempunyai seorang bekas rakan sepasukan yang enggan mendesak beliau mengundur diri.



Bekas kapten United, Gary Neville, yang kini bertugas sebagai pengulas bola sepak di SkySports, berkata beliau tidak akan mendesak Solskjaer, iaitu bekas rakannya, untuk meletak jawatan atau dipecat.



Namun Neville tidak berselindung apabila mengutuk keras persembahan United semasa bertemu Liverpool.



"Cara mereka bermain begitu mengecewakan.... saya prihatin mereka akan mengalami lebih banyak perlawanan seperti ini sebelum dapat bangkit," kata beliau. - Agensi berita.




"Kami semua memang kawan baik dengan Solskjaer... beliau seorang individu yang baik hati. Namun, sebagai pengurus... beliau telah diberi jawatan di United sejak tiga tahun lalu dan dalam masa itu, beliau telah diberikan sokongan dan sumber untuk membeli pemain dan membina pasukan sendiri."
- Bekas bintang EPL, Chris Sutton.




5 pengurus disebut-sebut jadi pengurus baru MU



Erik Ten Hag



Pengurus Ajax Amsterdam ini dianggap sebagai antara pengurus berpotensi bagi masa depan. Pasukannya kini hampir melayakkan diri ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah dan semakin dekat menjulang trofi liga Belanda selepas menewaskan PSV Eindhoven 5-0.



Brendan Rodgers



Bekas pengurus Liverpool yang kini memimpin Leicester City adalah 'jenama' yang diyakini di England. Keupayaan beliau membentuk pasukan yang kuat, terutama semasa bertahan diakui. Beliau mungkin pengurus yang dicari-cari United untuk menstabilkan pasukan, tetapi Leicester tidak akan mudah diyakinkan untuk melepaskan Rodgers.



Zinedine Zidane



Bekas pengurus Real Madrid ini berpengalaman menguruskan pasukan yang ditaburi 'bintang'.



Pada masa ini, United mempunyai ramai pemain bertaraf sedemikian, dengan Cristiano Ronaldo dan Raphael Varane turut menganggotai pasukan Real yang memenangi tiga Liga Juara-Juara Eropah bersama Zidane.



Luis Enrique



Jurulatih Sepanyol ini memimpin Sepanyol dengan berjaya di Kejohanan Eropah (Euro) 2020 dan fasih berbahasa Inggeris. Beliau juga tidak berselindung menyuarakan keinginannya mengendalikan kelab EPL.



Antonio Conte



Warga Italy ini memimpin Chelsea menjuarai Liga Perdana England pada musim 2016/17. Beliau kini tidak bekerja, selepas meninggalkan Inter Milan pada Mei lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >