Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Berat mulut, tapi Wan-Bissaka bergaya di padang

Jul 21, 2019 | 06:09 PM



CAMPURAN pemain muda dan lebih berpengalaman di Manchester United adalah baik dan beliau berharap terus diberi peluang beraksi dalam kesebelasan pertama, kata pemain bek kanan Manchester United Aaron Wan-Bissaka.



Pemain berusia 21 tahun itu berpindah ke United dari Crystal Palace di akhir musim lalu dan telah mengundang pujian dengan pertunjukkan yang lasak dan bertenaga dalam perlawanan pramusim di Australia dan Singapura. 



Malah, cara Wan-Bissaka mengejar pemain Inter Milan Dalbert di Stadium Negara kelmarin, - selepas beliau kehilangan bola - lebih rancak diperbualkan berbanding sumbangan seorang lagi pemain muda Mason Greenwood yang menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk menjamin kemenangan 1-0 bagi United.



Bercakap dengan media setempat di acara penaja pada Ahad (21 Julai) Wan-Bissaka yang berat mulut berkata:



“Saya hanya ingin terus mempertingkat keupayaan saya dan membantu kelab ini berjaya,” 



Kapten Manchester United Juan Mata turut menyertai sesi media itu, walau bintang dari Perancis Paul Pogba yang dijadual turut serta tidak muncul.  Namun Pogba ‘timbul’ bagi sesi foto dan untuk bertemu peminat.



Juan Mata, Paul Pogba & Aaron Wan-Bissaka temui peminat



 



Beberapa pemain United, seperti Jesse Lingard, Nemanja Matic dan Eric Bailly,  juga menghadiri acara bertemu peminat yang dianjurkan oleh penaja United yang lain. 





 Manchester United berada di Singapura untuk mengambil bahagian dalam Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) 2019 sebelum bertandang ke Shanghai dan China untuk meneruskan persiapan pramusim.



Jessie Lingard, Nemanja Matic & Eric Bailly temui peminat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >