Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA KEMBOJA 2023

Bertekad kekal jadi 'ratu' floorball

May 07, 2023 | 05:30 AM



SEJAK floorball dipertandingkan dalam Sukan SEA pada 2015, pasukan wanita Singapura telah menyapu semua pingat emas.



Dan sasaran mereka untuk menjadi "ratu" floorball Asia Tenggara kekal dalam edisi kali ini.



Floorball membuat kemunculan semula dalam Sukan SEA 2023 di Kemboja selepas empat tahun berehat.



Sukan dalam dewan itu hanya pernah ditampilkan dua kali dalam sejarah temasya sukan ini - pada 2015 (Singapura) dan 2019 (Filipina). Ia merupakan sukan pertunjukan dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar.



Penyerang Singapura Siti Nurhaliza Khairul Anuar teruja kembali beraksi di pentas Sukan SEA yang "berprestij" dan menyahut cabaran baru daripada pesaing rantau ini.



Guru penjagaan kanak-kanak berusia 25 tahun itu berkata:



"Saya rasa bukan saya seorang, tetapi seluruh pasukan benar-benar tidak sabar untuk kembali bermain sebab kita semua tahu bahawa Sukan SEA adalah acara berprestij.



"Kami juga ghairah berdepan pasukan yang lain kerana kami tahu mereka semua telah memperbaiki tahap permainan masing-masing."



Dalam kalangan pasukan Asia Tenggara, Singapura menduduki tangga tertinggi dalam ranking dunia wanita di kedudukan ke-13.



Ini diikuti dengan Thailand (ke-17), Malaysia (ke-22), Filipina (ke-30) dan Indonesia (ke-34).



Meskipun menjadi pasukan pilihan yang dinobat juara Sukan SEA, Siti berkongsi bahawa pasukan negara lebih memilih fokus pada proses persiapan berbanding matlamat akhir kejohanan.



"Pasukan kami lebih suka mengambil setiap sesi latihan satu per satu dan hanya menumpukan perhatian pada latihan itu supaya kami tidak rasa terlalu tertekan. Ia membantu kami untuk fokus dengan lebih baik dan cuba mencapai objektif latihan tersebut," jelasnya.



Skuad wanita Singapura seramai 20 pemain dalam Sukan SEA 2023 juga bakal menyaksikan ramai muka-muka baru. Hanya lapan pemain kekal bertahan daripada skuad Sukan SEA 2019.



Penyertaan pendatang baru ini dianggap "mengujakan", menurut Siti.



"Ada antara mereka yang datang daripada skuad bawah 19 tahun. Jadi, ia menggembirakan untuk melihat perkembangan mereka ke pasukan nasional," tambah beliau.



Nasha Jeffri, 20 tahun, adalah salah seorang pemain wanita Singapura yang akan diperkenalkan dalam gelanggang Sukan SEA.



Bakat mahasiswi Universiti Teknologi Nanyang itu dicungkil dalam Piala Konfederasi Floorball Asia-Oceania Wanita (AOFC) pada Mei 2022 di Singapura ketika menyarung jersi skuad bawah 19 tahun.



Sejak itu, beliau diundang menjalani latihan bersama pasukan nasional.



"Saya tidak sabar berdepan lawan daripada negara lain. Sebelum ini, saya hanya mampu menonton senior saya bermain di televisyen.



"Tetapi, ia mengghairahkan kerana sekarang saya juga berpeluang bermain dalam pertandingan itu," kata Nasha, yang mengikuti pengajian pengurusan sains sukan.



Peralihan ke pasukan nasional bukanlah sesuatu yang mudah buat Nasha, tambah beliau.



Selain perlu menangani intensiti latihan yang lebih tinggi, pemain 'midfield' itu, yang seberat 45 kilogram dan setinggi 160 sentimeter, juga berusaha menambah baik tahap fizikalnya.



Ini termasuk mengangkat berat di gimnasium dan mengambil minuman protein.



Namun, kecil-kecil cili api.



Nasha tekad membantu pasukan Singapura mempertahankan kilauan emas mereka.



"Ia pastinya mencabar tetapi dengan sokongan pasukan dan jurulatih, saya yakin kami dapat beraksi dengan baik," ujarnya.



Dalam pada itu, pasukan floorball lelaki Singapura turut dijangka memburu pingat emas di Kemboja.



Mereka terpaksa berpuas hati dengan perak pada 2019, selepas menang emas pada 2015.



Acara floorball dalam Sukan SEA 2023 dijadual berlangsung mulai 11 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >