Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK TOKYO

Berthier tersingkir tetapi raih pengalaman berharga

Jul 26, 2021 | 05:30 AM



ATLET lawan pedang Singapura yang kali pertama menyertai Sukan Olimpik, Amita Berthier, tewas kepada Lee Kiefer dari Amerika Syarikat.



Berthier, pemain nombor 60 dunia, berjuang gigih melawan Kiefer, nombor lima dunia, dan perbezaan antara kededua atlet muda dengan mapan itu ketara.



Atlet Singapura itu tewas 4-15, memeluk pesaingnya dan membawa pulang sesuatu yang tidak ketara tetapi amat berharga - pengalaman.



"Saya amat bersemangat untuk berada bersama begitu banyak atlet hebat dan selalu berusaha belajar memperbaiki diri saya," katanya mengenai Olimpik.



Berthier, 20 tahun, dan Kiefer, 27 tahun, yang berasal daripada universiti yang sama, Notre Dame, dan diajar jurulatih sama, Amgad Khazbak, telah menentang beberapa kali sebelum ini.



Namun, pengalaman memainkan peranan dan Kiefer memanfaatkannya dengan lebih baik.



"Saya tidak akan mengatakan bahawa saya sangat berpuas hati dengan prestasi saya," kata Berthier.



"Ia pertarungan sukar kerana Lee dan saya adalah rakan sepasukan di Amerika, jadi kami saling mengetahui dengan baik."



Olimpik sudah berakhir bagi Berthier tetapi belum dari segi pendidikannya. Beliau tidak lagi mengambil bahagian, namun merancang memerhatikan pertandingan selanjutnya demi meraih pengalaman berharga.



Sementara itu, ia merupakan keputusan bercampur-campur buat pasukan tenis meja Singapura apabila Yu Mengyu mara ke pusingan ketiga perseorangan wanita dengan kemenangan meyakinkan, sementara pertandingan atlet muda Clarence Chew berakhir di Gimnasium Metropolitan Tokyo semalam.



Dalam perseorangan wanita, pemain nombor 47, Yu, berjaya menewaskan pemain Portugal Shao Jieni 4-0 (11-3, 11-2, 11-8, 11-9).



Sementara Chew dikalahkan 4-1 (11-7, 11-8, 11-8, 6-11, 12-10) oleh pemain Austria dan nombor 44 dunia, Daniel Habesohn, pada pusingan kedua perseorangan lelaki.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >