Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bina badan semai disiplin, tabiat sihat bagi Harith

Jun 26, 2023 | 05:30 AM



Muhammad Harith Rio Dinie Mokhalil, atau lebih dikenali sebagai Riodee, sangka bina badan sekadar wadah untuk beliau ‘buat badan’ atau mendapatkan susuk tubuh sasa tatkala pertama kali menceburi sukan bina badan secara kompetitif pada 2013.

Namun sangkaan jejaka yang kini berusia 35 tahun itu ternyata meleset apabila beliau pertama kali menyertai pertandingan bina badan pada tahun tersebut.

Beliau kini akur, bina badan melebihi faktor astetik semata-mata dan boleh ‘menghukum’ secara fizikal. Malah beliau akui mendapati amat sukar untuk berdiri atau bangun sama sekali beberapa hari sebelum pertandingan bermula kerana terpaksa melalui rejim persiapan yang intensif.

Jurulatih kecergasan secara bebas itu berkata: “Sukan bina badan kompetitif sebenarnya lebih daripada hanya berlatih dan menjaga pemakanan.

“Misalnya saya perlu melalui apa yang dikatakan sebagai manipulasi air, yang mana saya tidak boleh minum air selama dua hingga tiga hari sebelum pertandingan untuk mendapatkan susuk tubuh yang diinginkan.

“Pertandingan pertama itu merupakan pengalaman paling buruk yang pernah saya alami.”







Tetapi itulah juga detik yang membuatnya jatuh hati kepada sukan tersebut.

Daripada situ, beliau mula berjinak-jinak dalam lebih banyak pertandingan.

Hasilnya pada Mac 2023, beliau menggondol juara keseluruhan kategori Bina Badan Klasik bagi pertandingan Persatuan Budaya Fizikal (PCA) Terbuka Bangkok di Thailand.

Terdapat tiga kategori utama yang biasanya dipertandingkan dalam seni bina badan lelaki iaitu Susuk Tubuh, Susuk Tubuh Klasik dan Bina Badan.

Secara kasar, kategori itu dibezakan mengikut takrif otot dan kandungan lemak tubuh yang diperlukan, dengan kategori bina badan memerlukan kandungan lemak paling rendah dan takrif otot paling ketara.

Dengan kemenangan itu, beliau layak menyertai peringkat kelayakan PCA Pro di Phuket, Thailand, pada penghujung 2023.

Beliau berkata ia merupakan pencapaian tertingginya dalam pertandingan seni bina badan sejauh ini dan “lebih banyak pencapaian akan datang” pada masa hadapan.

Menurutnya, beliau didedahkan kepada dunia seni bina badan melalui rakan sekerjanya semasa bekerja sebagai jurulatih kecergasan di salah satu gimnasium di sini.

Pada waktu itu, rakan sekerjanya menyertai salah satu kejohanan bina badan dan susuk badan peringkat kebangsaan pada penghujung 2012.

“Terus terang saya tidak tahu-menahu tentang sukan bina badan (pada waktu itu)... tetapi apabila saya menonton pertandingan itu, saya begitu kagum terutamanya apabila melihat susuk badan yang baik,” jelas beliau.

Daripada situ beliau menyimpan hasrat “mencuba sukan itu dan lihat prestasi” yang boleh beliau kecapi.

Beliau menjelaskan berat badannya pada waktu itu berada dalam lingkungan 50 kilogram dan bersusuk tubuh kecil.

Namun setelah lebih kurang enam tahun berkecimpung dalam sukan bina badan, berat badannya kini berada dalam anggaran 80 kilogram dan susuk tubuhnya lebih ‘berisi’.

“Seni bina badan sebenarnya telah mengubah tanggapan saya terhadap kehidupan secara amnya.

“Bukan sahaja daripada aspek pemahaman sukan itu, malah lebih penting lagi daripada segi penyemaian tabiat, disiplin dan keterperincian,” kata Riodee.

Antara unsur disiplin yang beliau kongsikan adalah penyediaan makanan, yang beliau lakukan pada hari itu sendiri dan bukan pada hari sebelumnya, seperti yang kerap dibuat oleh atlet-atlet lain.

Baginya, beliau lebih gemar menyiapkan hidangan segar dan secara purata akan menyiapkan sehingga tujuh sajian dalam sehari – anggaran kos makanan sahaja boleh mencecah $800 sebulan.

Daripada segi tabiat pula, beliau berlatih lima kali seminggu dan hanya rehat pada setiap Rabu dan Ahad – beliau menyifatkan pelibatannya sebagai “gaya hidup 24 jam sehari, tujuh hari seminggu”.

Lantaran itu, beliau kini lebih bersedia menyertai pertandingan di peringkat tinggi dan “mengalu-alukan cabaran akan datang”.

“Semua ini memerlukan usaha jadi jika anda tidak ambil jalan mudah, hasilnya akan dapat dirasakan,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >