JEDDAH: Pemain sayap Celtic, Jota, telah mengikat kontrak tiga tahun dengan Al-Ittihad, kata kelab yang menjuarai Liga Pro Saudi itu dalam sat kenyataan.
Kelab itu tidak mendedahkan butiran kewangan berhubung perjanjian itu, tetapi media di Scotland melaporkan bayaran yang bertukar tangan antara kededua kelab bola sepak adalah £25 juta ($42.9 juta).
Al-Ittihad mengumumkan kontrak itu dengan menerbitkan video animasi yang menunjukkan jurulatih Nuno Espirito Santo menyaksikan gol-gol Jota.
“Hasrat kami menakluk dunia,” kata Santo, yang sebelum ini memimpin pasukan Wolverhampton Wanderers dalam Liga Pedana England (EPL).
Video itu juga menunjukkan trofi Piala Dunia Kelab Fifa.
Al-Ittihad akan menyertai Piala Kelab Dunia sebagai juara negara hos, kerana pertandingan itu akan diadakan di Jeddah pada Disember.
Jota, 24 tahun, adalah pemain bertaraf bintang ketiga yang diperolehi oleh Al-Ittihad, yang juga telah mendapatkan pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema dan bekas pemain midfield Chelsea, N’Golo Kante.
Bekas penyerang Benfica itu menjaringkan 28 gol dan merintis 26 peluang gol dalam 83 perlawanan selepas berpindah ke Celtic pada 2021.
Liga Pro Saudi kian menjadi tempat yang mampu menarik pemain yang berpangkalan di Eropah, selepas Cristiano Ronaldo berpindah ke Al-Nassr pada Januari.
Pada Jun, Dana Pelaburan Awam Saudi (PIF) mengumumkan langkah pelaburan dan projek menjadikan swasta kelab-kelab bola sepak di Saudi, iaitu Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr dan Al-Hilal.
PIF memiliki 75 peratus setiap kelab ini, sementara yayasan tidak mengambil untung yang berkait dengan kelab-kelab itu memiliki baki 25 peratus. – Reuters.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg