Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Profesional Saudi damba jadi antara 5 liga terbaik dunia

Ketua pegawai operasi liga itu, Carlo Nohra, lakar hala tuju liga itu dari rumahnya di Bukit Timah, di Singapura
Jul 05, 2023 | 03:43 PM



Liga Profesional Saudi sedang menarik perhatian dunia bola sepak selepas ia berjaya menarik pemain bertaraf bintang seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan N’Golo Kante untuk beraksi di Arab Saudi.

Tetapi, tidak ramai tahu bahawa ketua pegawai operasi liga itu, Carlo Nohra telah melakar hala tuju liga itu dari rumahnya di Bukit Timah, di Singapura, sekitar 6,800 kilometer dari Saudi.

Nohra, 55 tahun, yang sebelum ini memimpin pejabat Asia Pasifik World Wrestling Entertainment di Singapura, juga bekas ketua pegawai eksekutif Liga Pro Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan penolong setiausaha agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Beliau menyertai Liga Profesional Saudi pada 15 Mei.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama The Straits Times, Nohra berkongsi aspirasi tinggi liga itu untuk memperbaiki rankingnya antara liga-liga terbaik di dunia. Malah ia mendamba menjadi antara lima liga terbaik di dunia, atau sekurang-kurangnya dalam senarai 10 liga terbaik di dunia berdasarkan antara lain, mutu, pendapatan dan jumlah tontonan.


Beliau menambah: “Strateginya adalah jangka panjang... dan sekadar membawa masuk pemain dengan nama yang lebih besar tidak akan mencapai matlamat mempunyai penyertaan ramai atau pembangunan belia.”

Menurut beliau, strategi itu juga akan disesuaikan bagi peringkat kelab dan akan ditetapkan sehingga ke pasukan nasional

“Ia memerlukan pembangunan prasarana yang Saudi sangat perlukan.

“Menganjurkan Piala Asia dan mungkin acara lain yang lebih besar pada masa akan datang dapat membantu meningkatkan standard permainan pemain Saudi.

“Mereka kini berada dekat dengan pasukan terbaik di Asia, tetapi aspirasinya adalah untuk bersaing di tahap dunia.”

Ditubuhkan pada 1976, Liga Profesional Saudi menjadi profesional pada 2007 dan pasukan dibiayai oleh negara.

Kelab yang paling berjaya adalah Al-Hilal, naib juara Piala Dunia Kelab Fifa 2022 yang juga merupakan pasukan paling berjaya Asia dalam Liga Juara-Juara AFC dengan empat gelaran.

Walaupun tiket bagi 25,000 tempat duduk dalam stadium Al Nassr yang menampilkan Ronaldo di Taman Al-Awwal kerap habis dijual dan Al-Hilal bermain di Stadium Antarabangsa Raja Fadh yang dapat menampung 68,752 penonton, kelab lain tidak berada pada skala yang sama dengan arena kelab Al-Fayha, Bandar Sukan Al Majma’ah yang boleh menempatkan 7,000 penyokong.

Oleh itu, kehadiran purata liga musim lalu adalah hanya 9,372 penonton, meskipun ia mencapai rekod kehadiran 2,249,161 penonton dalam semusim – mengatasi angka tertinggi sebelum ini, yang dicatat pada 2018-2019, sebanyak 11 peratus.

Ronaldo, yang diiringi status ‘bintang’ telah membantu meluaskan jangkauan siarannya dari 20 negara Timur Tengah kepada 170 wilayah di seluruh dunia, tetapi lebih banyak kerja perlu dilakukan untuk mencapai matlamatnya.

Ini termasuk meningkatkan hasil tahunannya daripada 450 juta riyals ($162 juta) ke 1.8 bilion riyals, dan nilai pasaran ke lebih 8 bilion riyals menjelang 2030.

Pada Jun, liga itu menerima bantuan apabila dana kekayaan negara Arab Saudi Public Investment Fund, yang juga memiliki kelab Liga Perdana England Newcastle United, mengumumkan pembelian 75 peratus pemilikan Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr, dan Al-Hilal.

Ketika ditanya sama ada penswastaan ​​ini akan mewujudkan ketidakseimbangan dalam liga, Nohra, yang akan berpindah ke Riyadh tidak lama lagi, berkata:

“Apa yang anda sedang dilihat adalah peralihan daripada bergantung kepada kerajaan ke kebebasan sepenuhnya sektor swasta daripada sektor sukan.

“Ini adalah satu langkah penting yang mesti dilakukan agar sektor bola sepak menjadi penyumbang bersih kepada GDP (Hasil Dalam Negeri Kasar) seperti yang sepatutnya, di mana pada masa ini ia memerlukan perbelanjaan besar untuk kerajaan untuk menyokongnya.

“Kelab lain tidak ketinggalan. Terdapat rancangan yang dibuat akhirnya untuk memimpin mereka di sepanjang jalan ini.”

Pendekatan yang sabar dan berhemah ini timbul selepas pasukan Nohra mengkaji kegagalan Liga Super China. Pada 2012, pemain dan jurulatih terkenal seperti Didier Drogba dan Marcello Lippi memperolehi gaji yang tinggi untuk tampil di China.

Namun, gelembung itu pecah apabila pelabur menarik diri berikutan penularan wabak Covid-19 dan tuduhan rasuah.

“Itu juga sebabnya kami mengambil langkah-langkah kecil ke arah penswastaan ​​dan bukannya pendekatan menyeluruh,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >