Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

 ATLET DALAM TUMPUAN

Bintang Linda Caicedo semakin cerah selepas pulih daripada barah

Aug 07, 2023 | 05:30 AM



SYDNEY: Sekitar 11 malam pada hari beliau tandatangan kontrak bersama pasukan Real Madrid pada Februari lalu, Linda Caicedo, tidak keluar meraikannya bersama keluarga dan sahabatnya.


Sebaliknya, remaja berusia 18 tahun itu menghubungi seorang pesakit muda yang menghidap barah dan bakal menjalani pembedahan di Colombia.

Ia jelas membuktikan keutamaan yang ditekankan Caicedo – bahawa beliau mungkin salah seorang bintang yang sedang meningkat naik namanya dalam Piala Dunia Wanita Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2023, namun beliau sedar bahawa terdapat perkara lebih besar dalam kehidupan daripada bola sepak.

Perjalanannya sejauh ini, termasuk bermain secara profesional dan di peringkat antarabangsa sejak berusia 14 tahun, sememangnya mencabar.

Beliau disahkan menghidap barah pada usia 15 tahun dan pada usia muda menjalani pemindahan ke salah sebuah kelab bola sepak terkemuka di dunia.

Langkah terkini dalam perjalanannya dilalui semasa di Sydney, Australia, di mana beliau membuat larian dari sebelah kiri padang sambil menggelecek bola dan menewaskan beberapa pemain pertahanan lawan, sebelum meledakkan rembatan melepasi tangkapan penjaga gawang Korea Selatan, Yoon Young-geul.

Dalam perlawanan pembukaan itu, Colombia menundukkan Korea Selatan, 2-0. Ini kali kedua Colombia menang dalam Piala Dunia Wanita.

Jaringan Caidedo amat bermakna. Pada usia 18 tahun dan 153 hari, ia menjadikannya pemain kedua termuda di Amerika Selatan untuk menjaringkan gol dalam sejarah pertandingan itu.

Pada masa ini, Marta dari Brazil, merupakan pemain termuda yang berbuat demikian.

Meskipun agak keterlaluan untuk membandingkannya dengan Marta, namun Caicedo tampak mampu mencapai tahap pemain Brazil itu.

Apatah lagi beliau membuktikan kemampuannya menerusi gol jaringannya semasa Colombia menundukkan pasukan Jerman 2-1.

Caicedo kini sudah pun menjadi wajah poster dalam bola sepak Colombia, yang hanya layak ke Piala Dunia pada 2011, namun semakin menjadi penting dalam sukan ini.

Dilahirkan di bandar Candelaria, Caicedo berasal daripada latar belakang susah dan tidak pernah melupakan pengorbanan yang diperlukan untuk membawanya ke kedudukan terkini.

Baru-baru ini, beliau telah ke bandar Candelaria dan mendermakan sebanyak 100 beg keperluan makanan untuk mereka yang memerlukan, tanpa membawa bersama sebarang pihak media.

Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan pengurus Colombia, Nelson Abdia, yang telah menguruskan pasukan nasional itu sejak 2017 tapi hanya terlibat sebagai penolong teknikal tiga tahun sebelum itu.

“Pada 2016 saya bermula dalam divisyen belia dan Linda ada bersama saya. Ketika itu beliau berusia 12 tahun dan kali pertama saya ambil beliau masuk ke pasukan nasional,” kata Abadia.

“Beliau berkembang sejak dari itu.”

Perkembangan Caicedo menyaksikannya membuat penampilan profesional bersama kelab Colombia, America de Cali pada Julai 2019, semasa beliau masih berusia 14 tahun.

Pada Movember 2019, Caicedo menerima tawaran pertama ke peringkat antarabangsa.

Namun namanya yang meningkat naik ketika itu terbantut seketika tatkala pandemik Covid-19 melanda, dan ketika itu juga Caicedo mula berasa sakit pada perutnya.

Menyusuli ujian, beliau disahkan menghidap barah ovari.

Dua minggu selepas disahkan menghidap barah, pada Mac 2020, Caicedo telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan tumornya, yang melibatkan pembedahan ke atas salah satu ovarinya.

Beliau perlu menjalani sesi kemoterapi selama enam bulan selepas pembedahan itu.

Selang beberapa hari rawatan kemoterapi itu tamat dan beliau diisytiharkan bebas daripada barah, Caicedo kembali menjalani latihan semula.

Caicedo berkata beliau amat berterima kasih kepada sokongan keluarga selain jurulatihnya juga, Abadia.

“Masa itu memang proses yang sukar, namun saya bersyukur kerana dapat mengatasinya.

“Keluarga saya sentiasa sokong saya dan jurulatih saya sentiasa di sisi.

“Beliau (Abadia) sering hubungi saya.

“Ketika itu saya bersiap sedia untuk dibedah dan saya rasakan yang saya tidak akan dapat bermain bola sepak lagi.

“Kata beliau tenang, dan saya akan kembali beraksi, Justeru saya ingin ucapkan terima kasih kepada jurulatih saya juga.

“Bagi mereka yang hadapi masalah seperti saya, saya merupakan contoh kepada anda untuk mengatasinya,” tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >