Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bintang tenis Naomi Osaka digelar ibu

Jul 13, 2023 | 2:09 PM
DIGELAR IBU: Naomi Osaka, juara tenis Grand Slam sebanyak empat kali, selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
DIGELAR IBU: Naomi Osaka, juara tenis Grand Slam sebanyak empat kali, selamat melahirkan seorang bayi perempuan. - Foto AFP

LOS ANGELES: Juara tenis Grand Slam empat kali, Naomi Osaka, telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan, lapor majalah People pada Selasa.

Bintang Jepun berusia 25 tahun dan teman lelakinya, Cordae, seorang ‘rapper’, menyambut ketibaan anak sulung mereka di Los Angeles dan kedua-dua ibu dan bayi perempuan itu berada dalam keadaan sihat, menurut People, memetik sumber yang tidak dinamakan.

Pasangan itu berkata menerusi catatan pos di media sosial bahawa Osaka hamil pada Januari.

Pada Jun, Osaka mendedahkan beliau bakal menerima bayi perempuan dalam satu majlis untuk meraikan kelahiran bayi atau ‘baby shower’, yang bertemakan puteri.

Osaka berkata bulan lalu bahawa apabila menyebut tentang nama bayi, beliau dan Cordae memikirkan sesuatu yang luar biasa dan bukannya tradisional.

Osaka berkata bahawa 2023 akan menjadi tahun “penuh pelajaran” sambil menambah bahawa beliau merancang kembali ke tenis pada 2024 dan bersaing di Terbuka Australia 2024 pada Januari. 

Beliau memenangi takhta tenis Grand Slam pertamanya di Terbuka Amerika Syarikat 2018 dan kemudian merangkul Terbuka Australia 2019. Ini diikuti dengan satu lagi gelaran perseorangan Grand Slam berturut-turut pada Terbuka Amerika 2020 dan Terbuka Australia 2021. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg