Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Wimbledon 2023

Mirra Andreeva tewas kepada Madison Keys selepas lontar raket

Jul 11, 2023 | 01:41 PM



LONDON: Penampilan pemain Russia berusia 16 tahun, Mirra Andreeva, dalam kejuaraan Wimbledon 2023 berakhir dalam kontroversi selepas beliau didenda satu mata kerana melontar raketnya.


Pemain itu yang telah diberi amaran kerana melontar raketnya selepas tewas set kedua, didenda satu mata yang memberi mata perlawanan kepada Madison Keys dalam pertemuan pusingan keempat mereka.

Andreeva berjaya raih kembali mata tersebut, namun tetap tewas 3-6 7-6 (7-4) 6-2.

“Saya tidak lontar raket tersebut, saya terlepas,” dakwa beliau kepada pengadil.

Beliau kemudian tidak berjabat tangan dengan pengadil Louise Azemar Engzell, semasa beliau tinggalkan gelanggang secara tergesa-gesa. Padahal semasa perlawanan, beliau mendapat sorakan padu daripada peminat menyusuli persembahan baik beliau.

Beliau kemudian memberitahu sidang media bahawa pegawai tersebut telah tersilap membuat keputusan menyusuli amaran keduanya, yang membawa kepada deuce 5-2 dalam set ketiga selepas beliau cuba menyelamatkan bola di hujung sebelah kanannya dan seolah-olah tergelincir.


Beliau memegang rumput dengan tangan kirinya sebelum tangan kanannya dinaikkan ke atas dan raketnya kemudian jatuh ke lantai dengan kuat.

Akibatnya Andreeva diberi amaran kedua dan denda mata secara automatik, lantas memberi mata perlawanan kepada lawannya.

Pemain Russia itu kemudian berjalan ke kerusi pengadil untuk memohon tentang denda yang dikenakan terhadapnya itu.

“Adakah anda faham apa yang anda lakukan? Saya tidak melontar raket itu. Saya terlepas genggaman. Ia satu keputusan salah. Saya terlepas dan ia terjatuh,” katanya.

Namun keputusan itu terus kekal dan Andreeva kemudian berjabat tangan dengan Keys sebelum bergegas keluar gelanggang.

“Bagi saya ia mata yang penuh kontroversi. Terus terang saya tiada niat melontar raket itu.

“Saya terlepas genggaman. Jujur, saya fikir yang saya akan terjatuh ke depan. Tapi mungkin ia kelihatan seperti saya melontar raket itu. Saya tidak pasti. Saya belum tonton video itu,” katanya.

Namun beliau berkata yang dirinya memang layak menerima amaran pertama, akibat melontar raket yang terkena rumput.

“Saya agak marah pada saat itu,” katanya.

Pada Jun, Andreeva telah diberi kod pelanggaran dalam pusingan ketiga Terbuka Perancis di mana beliau tewas kepada Coco Gauff apabila beliau memukul bola dan kemudian ia terkena penonton.

Andreeva akur dan menganggap tindakannya itu sebagai “bodoh” dan mungkin beliau boleh digantung jika dianggap pengadil sebagai sesuatu yang lebih serius.

Dalam perlawanan sebelum ini, Andreeva dilihat memukul kakinya sendiri kerana terlalu marah dan kadangkala memandang secara emosi terhadap Keys semasa duduk di kerusinya sewaktu pertukaran tempat.

Andreeva berkata yang beliau sedang berusaha mengawal emosinya namun menganggap bahawa ramai pemain lain yang turut alami isu serupa dalam awal kerjaya mereka.

“Saya tahu (Roger) Federer bertarung dengan emosinya semasa remajanya,” kata beliau.

“Bukan saya sahaja yang hadapinya. Saya fikir yang saya perlukan sedikit masa dan ia akan beransur pergi. Namun ia tidak berlaku sedemikian. Saya perlu lakukan sesuatu ke atas diri saya.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >