Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kejohanan Wimbledon

Elina Svitolina anggap peperangan di Ukraine buatnya lebih kuat

Jul 12, 2023 | 10:15 AM



LONDON: Pemain tenis Ukraine, Elina Svitolina, berkata perang di negara asalnya telah menguatkan lagi mindanya selepas beliau berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir kejuaraan Wimbledon.


Hanya tiga bulan selepas kembali beraksi, selepas melahirkan anaknya pada Oktober, beliau berjaya menewaskan Iga Swiatek 7-5 6-7 (5-7) 6-2 untuk melangkah ke peringkat selanjutnya.

Beliau melahirkan rasa senang kerana dapat “memberikan sedikit kebahagiaan” kepada rakyat Ukraine dan perang tersebut telah mengubah perspektifnya.

“Secara mental, saya tidak ambil situasi sukar sebagai bencana. Banyak lagi perkara buruk yang berlaku dalam kehidupan. Saya fikir perang membuat minda saya lebih kuat,” katanya.

Bekas pemain ketiga dunia itu mendapat sorakan padu para penonton yang seolah-olah terkesan dengan perang yang melanda Ukraine pada masa kini, selain melihatkan seorang ibu yang baru melahirkan anak bermain di tengah gelanggang dengan penuh semangat.

Pastinya Svitolina begitu teruja dengan sokongan yang diterimanya namun berasa lebih gembira apabila berjaya melangkah ke separuh akhir – pencapaian yang tidak diduganya.

“Banyak video di Internet melibatkan saya kini sedang disaksikan ramai kanak-kanak di telefon bimbit mereka.

“Apabila mendapat tahu tentang perkara ini, hati saya begitu terkesan,” kata pemain berusia 28 tahun itu lagi.

Svitolina jelas mengambil peluang kesilapan yang dibuat Swiatek untuk mencapai separuh akhir ketiganya dalam pertandingan Grand Slam dan kedua di Wimbledon selepas melangkah ke peringkat yang sama pada 2019.

Beliau tidak membiarkan dirinya terjejas dengan kelengahan yang berlaku sebelum itu menyusuli bumbung gelanggang terjejas akibat hujan.

Namun Svitolina tetap tenang dan itu memberinya kejayaan di akhir permainan. Kemenangan itu pasti menaikkan rankingnya daripada tangga ke-76 ke lingkungan 30-an.

“Saya mendapat motivasi yang besar untuk kembali ke atas. Tapi selepas melahirkan anak dan perang yang sedang melanda, (ia) menjadikan saya seseorang yang berlainan.

“Saya melihat pada apa jua perkara dengan perspektif berbeza. Saya kini lebih tenang,” tambahnya.

Ditanya reaksi bayinya, Skai, semasa pemain itu membuat panggilan video menyusuli kemenangannya, Svitolina menjawab:

“Dia hanya sibuk dengan aiskrimnya, maka saya bukanlah keutamaannya. Dia masih di peringkat usia di mana dia tidak peduli jika saya menang atau kalah,” katanya.

Pesaingnya, Swiatek yang memberi dorongan kepada Svitolina untuk menang kejuaraan tersebut berkata:

“Saya beritahunya semasa kami berjabat tangan bahawa saya harap beliau akan menang.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >