Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Birmingham pecat Rooney selepas 15 perlawanan

Jan 03, 2024 | 02:29 PM



BIRMINGHAM: Kelab bola sepak Birmingham City telah memecat pengurus mereka, Wayne Rooney, hanya selepas 83 hari mengendalikan kelab tersebut.


Pengurus berusia 38 tahun itu dilantik pada 11 Oktober 2023 selepas keputusan memecat John Eustace, dengan Birmingham menduduki di tempat keenam liga mereka.

Sejak itu mereka telah merosot ke kedudukan ke-20, dengan kekalahan 3-0 kepada Leeds pada 1 Januari merupakan kekalahan kesembilan Rooney dalam 15 perlawanan.

“Bola sepak merupakan perniagaan yang memberatkan keputusan dan saya sedar mereka tidak berada di tahap yang saya inginkan,” kata Rooney.

Jurulatih pembangunan profesional, Steve Spooner, akan mengambil alih peranan mengurus Birmingham buat sementara waktu,.

Beliau juga sudah tidak lagi bekerjasama dengan salah seorang pasukan kakitangan Rooney yang merupakan bekas pemain tengah Wolves dan Wales, Carl Robinson.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Tom Wagner dan Tom Brady (pemilik bersama) serta Garry Cook (ketua eksekutif) kerana beri peluang untuk mengurus Birmingham City dan sokongan yang mereka semua berikan sepanjang tempoh singkat saya bersama kelab,” ujar Rooney.

“Namun, masa merupakan sumber berharga yang diperlukan seorang pengurus dan saya percaya 13 minggu tidak mencukupi untuk mendatang perubahan yang diperlukan,” tambah beliau.


Dalam satu kenyataan, ketua eksekutif Birmingham, Garry Cook, berkata pihaknya berasakan sudah tiba masanya untuk kelab tersebut berpisah dengan Rooney.

“Walaupun mereka telah berusaha sedaya upaya, keputusan tidak mencapai jangkaan kami yang ditetapkan dengan jelas dari awal. Justeru, kelab ini rasakan bahawa perubahan pengurus merupakan langkah terbaik untuk kelab ini,” jelas beliau.

“Kami komited untuk melakukan apa sahaja yang perlu untuk membawa kejayaan kepada Birmingham.”

“Pencarian pengganti bermula dengan serta-merta dan kami akan memaklumkan kepada penyokong apabila kami mempunyai berita lanjut,” tambah beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >