Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak: Pemain midfield Shah Shahiran ikat kontrak 5 tahun bersama Tampines Rovers

Jan 21, 2022 | 03:36 PM



PEMAIN midfield pasukan nasional bawah 22 tahun Singapura, Shah Shahiran menjadi pemain kedua dalam bola sepak setempat untuk menandatangani kontrak selama lima tahun.



Kelab Liga Perdana Singapura (SPL) Tampines Rovers pada Jumaat (21 Januari) mengumumkan bahawa remaja berusia 22 tahun itu akan kembali menyarung jersi The Stags pada 2023 setelah mengikat perjanjian jangka panjang bersama pasukan itu.



Shah, yang menyertai Tampines Rovers pada 2018 dari Akademi Bola Sepak Nasional, kini sedang menjalani Perkhidmatan Negara dan dipinjamkan kepada Young Lions sehingga Disember 2022.



Kontrak lima tahun Shah akan bermula pada 2023, selepas beliau selesai menjalani Perkhidmatan Negara, dan bakal menyaksikan beliau di Tampines Rovers hingga Disember 2027.



Awal minggu ini, Tampines Rovers mengikat perjanjian baru selama lima tahun bersama pemain midfield Kyoga Nakamura, menjadikan warga Jepun itu pemain pertama untuk meraih pelanjutan kontrak paling lama dalam sejarah liga setempat.



Nakamura, 25 tahun, akan terikat bersama Tampines Rovers hingga Disember 2026.



Kontrak jangka panjang ini dianggap trend baru bagi kelab-kelab setempat, yang lebih cenderung menawarkan perjanjian selama setahun atau bahkan 11 bulan.



Baru-baru ini, pasukan yang berbelanja mewah Lion City Sailors melanggar trend itu dengan mengikat kapten pasukan nasional Hariss Harun dan pemain midfield M. Anumanthan masing-masing pada kontrak selama tiga tahun setengah dan tiga tahun.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >