Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak: Singa bangkit untuk seri 1-1 dengan Mauritius

Sep 08, 2018 | 12:16 PM



Pasukan Singa menunjukkan semangat juang dalam satu perlawanan menarik dengan keputusan seri 1-1 menentang Mauritius dalam perlawanan pertama di bawah jurulatih Fandi Ahmad malam tadi (7 Sept).



Jurulatih sementara yang dilantik Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Mei itu berjanji pemainnya akan memaparkan permainan positif dan menyerang.



Memberi peluang kepada adik-beradik Zulfadhmi dan Zulqarnaen Suzliman dalam barisan muda, Fandi turut menyertakan anaknya Irfan dan Ikhsan Fandi.



Fandi, 56 tahun, bekas kapten Singapura, membayangkan kesungguhannya menyuntik kesegaran dalam pasukan kebangsaan di bawah pimpinannya yang akan berakhir selepas Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean.



Bermain di hadapan lebih 3,000 penonton di Stadium Bishan, pasukan Singa  tergugat apabila penyerang Mauritius  Justin Jonathan dibiarkan tidak dikawal dan menyapu bola melintasi garisan gawang pada minit kelima.



Ini menyemarakkan Singa  dengan perlawanan menjadi hebat.



Pasukan Singapura meraih ganjaran pada minit ke-74 apabila Shahril Ishak menghantar  bola kepada Ikhsan, anak kedua Fandi, yang menjaringkan gol.



Perlawanan persahabatan Singapura selanjutnya ialah menentang Fiji pada 11 September di Stadium Bishan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >