Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA 2023

Bola sepak: Singa wanita tewas 0-4 di tangan Thailand

May 03, 2023 | 07:11 PM



PHNOM PENH: Pasukan bola sepak wanita negara memulakan kempen Sukan SEA 2023 dengan kekalahan 0-4  kepada Thailand di Stadium RSN Smart pada Rabu (3 Mei).



Walaupun tewas, Singapura menunjukkan permainan lebih baik berbanding kekalahan 0-6 di tangan lawan yang sama dalam kelayakan Sukan Olimpik 2024 pada awal April.



Pasukan Thai menduduki ranking dunia ke-44, manakala Singapura adalah pasukan di tangga ke-134.



Disaksikan sekitar1,000 penonton, pasukan wanita yang dipimpin jurulatih Karim Bencherifa menurunkan pasukan mengikut formasi 4-5-1 dan anak didiknya tidak menghampakan apabila mereka memulakan permainan dengan berdisiplin dan tersusun semasa bertahan.



Bagaimanapun, pertahanan Singapura goyah apabila mula diasak bertubi-tubi oleh lawan dan melepaskan gol pertama seawal minit kelima.



Thailand menambah derita Singapura dengan dua lagi jaringan pada minit ke-19 dan ke-27.



Pasukan wanita Singa namun memaparkan prestasi yang lebih baik pada babak kedua.



Hanya satu gol pada minit ke-67 membolosi gawang penjaga gol Singapura Noor Kusumawati.



Mereka seterusnya bertemu pasukan tuan rumah Kemboja pada 6 Mei, sebelum menamatkan pusingan kumpulan dengan Laos tiga hari kemudian.



Pasukan negara memburu kemenangan kedua dalam sejarah penglibatannya dalam Sukan SEA di Kemboja.



Ia mencipta sejarah dalam Sukan SEA pada Mei 2022 apabila meraih kemenangan pertama, 37 tahun selepas membuat penampilan sulung pada 1985. 



Edisi Sukan SEA yang lalu adalah kemunculan pertama Singapura dalam temasya sukan itu sejak 2003.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >