Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bola sepak wanita bakal terima anjakan

Feb 9, 2024 | 3:48 PM
Pendekatan tertumpu akan diberikan untuk mengembangkan bola sepak wanita dalam tempoh terdekat, jelas Ketua Perancangan (Pejabat Divisyen Teknikal) Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Baihakki Khaizan.
Pendekatan tertumpu akan diberikan untuk mengembangkan bola sepak wanita dalam tempoh terdekat, jelas Ketua Perancangan (Pejabat Divisyen Teknikal) Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Baihakki Khaizan. - Foto ST

Adalah sama penting untuk menyediakan sokongan kepada bola sepak wanita yang setara dengan bola sepak lelaki agar pembangunan bola sepak Singapura secara menyeluruh adalah seimbang.

Lantaran itu, Ketua Perancangan (Pejabat Divisyen Teknikal) Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Baihakki Khaizan, berkongsi bahawa pendekatan tertumpu akan diberikan bagi mengembangkan bola sepak wanita dalam tahun mendatang.

Beliau menjelaskan bola sepak wanita sentiasa menjadi tumpuan pihaknya tetapi mungkin sudah tiba masanya untuk “cuba cara berbeza”.

“Kami sentiasa berhubungan dengan pihak majikan, program Akademi Bola Sepak Sekolah (SFA) dan sektor privet.

“Anda boleh lihat beberapa akademi yang kini ada pasukan wanita. Jadi kini adalah bagaimana catatkan perkembangan semula,” ujarnya.

Srikandi bola sepak Singapura boleh berbangga selepas salah seorang anggotanya, Danelle Tan, kini menyarung jersi salah satu kelab gergasi Liga Jerman, Borussia Dortmund.

Oleh demikian, Baihakki menjelaskan masanya kini untuk “mencari titik permulaan” serta “gunakan metodologi dan konsep” seperti yang diterapkan dalam Liga Belia Singapura (SYL) yang baru dilancarkan, misalnya membuka lebih banyak ruang kepada pemain muda wanita.

“Kami boleh pertimbangkan bagaimana mengadakan liga tersendiri untuk bola sepak wanita. Ia satu perkara mencabar dan kami perlukan kerjasama semua pihak,” jelasnya, merujuk kepada konsep dan format yang diguna pakai SYL.

Beliau menambah terdapat kemungkinan beberapa aspek yang dilakukan untuk bola sepak wanita perlu dirombak semula dan “memahami seluruh sistem” dengan lebih mendalam namun meletakkan keyakinan tinggi sesuatu boleh dicapai.

“Saya yakin kami akan dapat mencatatkan perkembangan (bagi bola sepak wanita) pada satu masa. Berikan saya setahun dua,” kata beliau dengan yakin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg