Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bopanna impikan kejuaraan regu Wimbledon selepas juarai Terbuka Australia

Feb 02, 2024 | 02:39 PM



​LONDON: Pemain tenis asal India, Rohan Bopanna, ingin mencipta lebih banyak sejarah dengan menambah gelaran kejuaraan Wimbledon bagi aksi regu.


Bopanna, 43 tahun, menjadi pemenang regu lelaki tertua bersama Matthew Ebden di Terbuka Australia pada Decemeber 2023, dan merupakan pemain tenis regu nombor satu dunia paling tua.

Beliau mara ke peringkat separuh akhir kejohanan Wimbledon pada 2023 dan menanam cita-cita melangkah lebih jauh kali ini.

“Membesar di India, Wimbledon adalah satu-satunya Grand Slam yang ditayangkan di kaca televisyen.


“Saya mempunyai hubungan yang sangat rapat (dengan Wimbledon). Pada 2023, kami tewas kepada juara kejohanan itu, Neal Skupski dan Wesley Koolhof.

“Saya ingin kembali ke sana, meletakkan diri saya dalam kedudukan yang baik dan harapannya adalah agar saya Ebden dapat merangkul Wimbledon bersama,” kata Bopanna.

Bopanna memerlukan 61 percubaan dengan 19 rakan gandingan yang berbeza untuk memenangi gelaran Grand Slam regu pertamanya apabila beliau dan Ebden menewaskan pemain Italy, Simone Bolelli dan Andrea Vavassori, 7-6 (7-0), 7-5 dalam perlawanan akhir Terbuka Australia.


Beliau mengakui “tidur sejenak” untuk “menenangkan keghairahan” sebelum perlawanan.

Bopanna berganding dengan Ebden pada awal 2023, dan sejak itu, telah mencipta beberapa rekod, termasuk menjadi juara Masters tertua, finalis paling tua Grand Slam dan pemain paling berusia pernah memenangi perlawanan di peringkat akhir ATP.

“Hari ini saya rasa apabila saya berada di puncak (prestasi), jadi tiada sebab untuk berhenti, dan saya benar-benar berasa saya masih menikmati perjalanan ini.

“Saya masih bersaing dengan pemain terbaik di dunia, memenangi kejohanan, yang kini turut termasuk memenangi Grand Slam.

“Saya benar-benar berasa selagi saya menikmatinya dan saya tidak memaksa diri saya untuk berada di tahap ini, saya masih boleh meneruskannya seberapa banyak mungkin,” tambah Bopanna.

Beliau pernah berkongsi sebelum ini bahawa rahsia dirinya kekal cergas adalah dengan menjaga kesihatannya – yang termasuk melakukan senaman yoga, bertafakur pada sebelah bagi dan tidur seawal 7.30 malam serta bangun pagi, tidak kira apa pun yang berlaku. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >