Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Juara Terbuka Australia Jannik Sinner pernah julang piala luncur ais

Jan 31, 2024 | 11:01 AM



Pemain tenis kelahiran Italy, Jannik Sinner, telah berjaya menundukkan pesaing kelahiran Serbia, Novak Djokovic, di peringkat separuh akhir bagi menempah tempat ke Grand Slam pertamanya.

Padahal Djokovic, 37 tahun, telah memenangi kesemua 10 perlawanan separuh akhir yang disertainya sebelum ini di Melbourne Park.

Namun Sinner membuktikan kehebatannya di gelanggang Rod Laver Arena dengan mengakhiri 33 perlawanan, dan 2,195 hari kemenangan yang diraih Djokivic sebelum ini di Australia dengan keputusan 6-1 6-2 6-7 6-3.

Sinner, 22 tahun yang berasal dari Italy kemudian terus menewaskan pula Daniil Medvedev, 28 tahun, dalam perlawanan akhir Terbuka Australia.

Pencapaian itu bak satu langkah selanjutnya buat Sinner dalam kerjaya sebagai pemain tenis muda.

Bintang sejak muda

Menurut laporan media, Sinner mula bermain tenis semasa berusia tiga tahun – tapi kemudian beralih kepada minat selanjutnya, luncur ais.

Malah tenis jatuh ke tangga ketiga minatnya, di belakang bola sepak, sedang namanya terus naik sebagai antara pemain luncur ais muda terbaik di Italy.

Semasa berusia 13 tahun, Sinner memilih untuk mengutamakan tenis, dan berpindah keluar dari rumah keluarganya untuk berlatih sepenuh masa.

Beliau memberitahu laman Persatuan Profesional Tenis (ATP):

“Terdapat banyak cerun ski di luar rumah saya. Saya masih ingat kali pertama saya meluncur. Saya lihat abang saya menjalani latihan dan saya pun berminat sama, tapi ibu kata belum tiba masanya lagi untuk saya meluncur.

“Saya terus menangis dan merayunya untuk benarkan saya meluncur. Kemudian mereka benarkan dan jangka mereka saya hanya akan lakukannya sekali dan kemudian pulang.

“Tapi saya meluncur sehari suntuk sehingga pusat meluncur itu tutup. Dan kemudian saya lakukannya setiap hari kerana minat.

“Pernah ketika itu saya menang banyak trofi luncur, tapi setahun kemudian saya mula sedar bahawa pesaing lain lebih kuat secara fizikal.

“Saya berlatih lagi dua kali dan kemudian mula tidak rasa selesa. Saya pun beralih kepada tenis semula kerana berasakan saya dapat kawal permainan itu dengan lebih baik, berbanding dengan luncur ais yang lebih sukar buat saya,” ceritanya.

Sinner tidak tampil dalam kejuaraan tenis peringkat junior, tetapi kemudian beralih terus ke kategori profesional pada 2018 semasa berusia 16 tahun.

Pada masa itu beliau mula tunjukkan kemajuan, dengan memenangi perlawanan akhir NextGen 2019 dan kejuaraan ATP pertamanya pada November 2020 sebelum menempatkan dirinya ke dalam ranking 100 dunia.

Pada 2022, beliau melepaskan pasukan kejurulatihannya yang sekian lama membimbingnya dan membawa masuk pula jurulatih baru, Darren Hill.

Jelas ia menjadi kerjasama yang memanfaatkannya apabila beliau memenangi kejuaraan Masters 1000 pada Ogos 2023, sebulan selepas melangkah ke separuh akhir Wimbledon.

Pada musim itu beliau mendapat tempat kedua dalam perlawanan akhir ATP, selain membantu Italy menjuarai Piala Davis dan menempatkan dirinya sebagai pemain keempat terbaik dunia.

Peminat tegar

Gaya permainan Sinner yang hebat dalam gelanggang telah membantu beliau meraih sehingga £13.3 juta ($22.6 juta) sejauh ini. 

Pada masa yang sama, para peminat yang menjadi pengikutnya terus meningkat – termasuk 1.5 juta di Instagram dan kelab peminatnya sendiri dianggap Sinner lebih popular daripada dirinya.

Gemar bergaya

Sedang para peminatnya yang tegar akan menggayakan kostum berwarna-warni, Sinner pula memilih pakaian yang lebih bergaya.

Tidak hairanlah beliau telah dipilih untuk memperagakan jenama fesyen Italy, Gucci.

Setiap kali masuk ke gelanggang, Sinner akan membawa bersamanya sejenis beg ‘duffel’ yang bernilai ribuan pound.

Beliau juga mendapat banyak tajaan, termasuk daripada jenama besar seperti Rolex, Nike, Head dan Lavazza.

Sinner yang mendapat gelaran musang di sekolah menyusuli logo tandatangannya, juga mempunyai kerjasama jangka panjang dengan jenama kereta Alfa Romeo.

Namun kini beliau dikatakan mendapat pula tawaran dengan sebuah jenama lebih mewah, Ferrari.

Malah Sinner telah mengunjungi ibu pejabat Ferrari sejak beberapa bulan lalu dan beliau sendiri berpeluang menguji pandu kereta-kereta di bawah jenama itu. 

Kini satu lagi jenama paling ikonik di Italy telah bekerjasama dengannya, keju Parmigiano Reggiano. 

Pasangan temanita

Terdapat satu lagi perkara yang mendapat perhatian ramai pada masa ini.

Sinner yang merupakan peminat tegar pasukan bola sepak AC Milan, sedang berpacaran dengan seorang peragawati dan pempengaruh terkenal berusia 23 tahun, Maria Braccini.

Dianggar sekitar 191,000 orang mengikuti Braccini di Instagram – meskipun beliau seorang yang privet.

Difahamkan pasangan itu sudah mula berpacaran sejak September 2020 sebelum berpisah seketika pada 2021 dan kemudian kembali bersama pada 2022.

Pasangan itu dikatakan menjauhkan diri daripada mata ramai dan tidak terdapat banyak gambar yang memaparkan mereka bersama.

Sinner juga bertindak sedemikian semasa bersama keluarganya, termasuk abangnya, bapanya yang merupakan seorang cef serta ibunya seorang pelayan, yang sentiasa memantau perjalanan kerjayanya dari Italy. 

Beliau berkata:

“Meskipun popular di media sosial, saya lebih memilih kehidupan yang privet.

“Saya percaya yang saya tidak perlu memuat naik gambar sekiranya saya bertunang. Saya belum pernah memuat naik gambar bersama kedua-dua orang tua saya, mungkin hanya satu gambar dengan abang saya sahaja,” tambahnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >