Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

WTA hadapi kritikan kerana pertimbang kejohanan Peringkat Akhir di Saudi

Aktivis beri alasan rekod hak asasi manusia kerajaan Saudi
Jan 30, 2024 | 02:38 PM



MELBOURNE: Dua tahun selepas Persatuan Tenis Wanita (WTA) dipuji oleh penyokong hak asasi manusia kerana menggantung kejohanannya di China, jelajah tenis itu mungkin menimbulkan kemarahan aktivis sama kerana menimbangkan mengadakan acara hujung musim Peringkat Akhir di Arab Saudi.


Spekulasi mengenai acara itu mungkin diadakan di Arab Saudi kian meningkat dan kemungkinan itu mendapat kritikan dan bantahan daripada kalangan pemain sendiri, terutama bekas pemain hebat dan terkemuka Chris Evert dan Martina Navratilova.

Arab Saudi banyak melabur dalam sukan seperti bola sepak, Formula Satu dan golf sejak beberapa tahun lalu, walaupun pengkritik menuduhnya menggunakan Public Investment Fund (PIF) negara itu bagi membiayai acara sukan dengan tujuan membersihkan rekod hak asasi manusianya, atau ‘sportswash’.

“Risiko hak asasi manusia di Arab Saudi ke atas pemain, peminat dan wartawan sangat serius,” kata Cik Minky Worden daripada Human Rights Watch.

“Sukan seperti tenis hanya dibenarkan bagi wanita dan gadis di kerajaan itu sejak 2018. Sebelum itu, wanita dan gadis tidak dibenarkan berada di stadium walaupun setakat menonton sukan,” tambahnya.

Arab Saudi menafikan tuduhan pencabulan hak asasi manusia dan menyatakan ia melindungi keselamatan negaranya melalui undang-undang.

Ketua WTA, Encik Steve Simon, berkata pada 2023 bahawa Arab Saudi menimbulkan “isu besar”, dan mendedahkan ia masih dalam perbincangan dengan pelbagai kumpulan, dan belum membuat keputusan bagi edisi 2024 Peringkat Akhir.

Jelajah Persatuan Profesional Tenis (ATP) lelaki mengumumkan kemasukan pertamanya di negara Teluk itu pada Ogos 2023 dengan perjanjian lima tahun bagi Pusingan Akhir Generasi Seterusnya, tetapi Evert dan Navratilova berpandangan keadaannya berbeza untuk tenis wanita.

Prospek sukan itu kelihatan berbeza beberapa tahun lalu apabila WTA mengadakan Peringkat Akhir edisi 2019 dengan hadiah bernilai AS$14 juta ($18.8 juta) di Shenzhen, China, di bawah satu perjanjian 10 tahun.

Pemilihan Shenzhen sekali gus mengetepikan bidaan Prague, St Petersburg, Singapura dan Manchester untuk menjadi tuan rumah acara itu.

Bagaimanapun, respons China terhadap krisis pandemik Covid-19 membuat acara itu dibatalkan pada tahun berikutnya, dan dipindahkan ke Guadalajara, Mexico pada 2021.

Kejohanan itu dijangka kembali ke Shenzhen mulai 2022 namun WTA menggantung perniagaan berbilion dolarnya di China, kerana keprihatinan terhadap layanan yang diberi kepada mantan juara dunia nombor satu tenis berpasangan, Peng Shuai.

Kumpulan hak asasi manusia menyambut baik pendirian WTA itu dan menyatakan kekecewaan mereka apabila jelajah itu, yang mencatatkan kerugian lapan angka pada 2020 dan 2021, melakukan pusingan U pada April 2023.

Kota Fort Worth di Texas melangkah masuk untuk menjadi tuan rumah Pusingan Akhir 2022, menarik ramai orang, dan WTA dijangka membawa acara itu ke Arab Saudi pada 2023 tetapi kemudian mengumumkan Cancun, Mexico, sebagai penggantinya kurang dua bulan sebelum kejohanan itu bermula.

Ia bukan satu acara yang berjaya di Cancun, dan Aryna Sabalenka, yang memenangi kejuaraan Terbuka Australia keduanya pada 28 Januari, berkata selepas itu bahawa beliau berasa “tidak dihormati” oleh standard penganjuran kejohanan itu.

Ini mendorong Simon menulis surat kepada para pemain dan mengakui acara itu “tidak sempurna”.

Sabalenka juga berkata beliau gembira untuk bermain Peringkat Akhir di Arab Saudi jika kejohanan itu diadakan di sana, selepas “pengalaman menakjubkan” semasa satu acara tenis pertunjukan di Riyadh pada akhir 2023.

Iga Swiatek, pemain nombor satu dunia, pula menggesa agar berhati-hati sebelum memutuskan mengadakan acara itu di Arab Saudi, tetapi beliau mengakui bahawa berhubungan adalah satu cara untuk meningkatkan hak asasi manusia.

“Bukan mudah untuk wanita di rantau ini,” kata bintang Poland itu. “Jelas sekali negara-negara ini juga mahu berubah dan bertambah baik dari segi politik dan sosiologi.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >