Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Boubakri: 'Saya tidak perlu buktikan apa-apa'

Srikandi lawan pedang Arab pertama rangkul pingat Olimpik kongsi pengalaman dan harapan
Jul 19, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Memenangi pingat gangsa Olimpik di Rio, Brazil, dalam acara lawan pedang membolehkan Ines Boubakri menyedari bahawa beliau tidak perlu lagi membuktikan dirinya kepada sesiapa pun.



Warga Tunisia itu telah mencapai apa yang beliau impikan.



Pada saat kemenangan itu, beliau telah menjadi wanita Afrika dan Arab pertama yang memenangi pingat Olimpik dalam sukan lawan pedang (fencing), beliau tahu setiap rintangan yang telah dihadapinya amat berbaloi.



"Anda teringat semua yang anda korbankan, betapa sukarnya, kerana dalam sukan lawan pedang, kami tidak mempunyai tradisi ini," katanya.



"Ketika saya mula menjadi antara yang terbaik di dunia, orang seperti 'oh, dia berasal dari Tunisia, bagaimana dia boleh menjadi salah seorang yang terbaik di dunia?'.



"Apabila saya mendapat pingat ini, saya berkata 'Saya tidak perlu membuktikan apa-apa'. Saya layak mendapat pingat ini."



Boubakri berasal daripada keluarga bermain pedang - ibunya, Henda Zaouali, bertanding di Olimpik 1996 di Atlanta, sementara suaminya, Erwann Le Pechoux, adalah atlet Olimpik Perancis.



Ibunya tidak dapat berada di Rio untuk melihat puterinya mengambil tempat di podium tetapi Boubakri mengatakan beliau gembira kerana ibunya "mahukan pingat itu".



Namun kemenangan itu tidak mudah. Boubakri bertarung dengan sakit di punggung dan lutut dalam pertandingan pingat gangsa foil, dan terpaksa melawan daripada mata defisit yang besar untuk mengalahkan Aida Shanayeva dari Russia.



Atlet berusia 32 tahun itu mendapat "sambutan presiden" apabila pulang ke Tunisia, di mana beliau dapati beliau mempunyai pengikut baru; pengikut yang telah menyedari, melalui kejayaan Boubakri, bahawa masa depan mereka tidak terbatas.



"Ini adalah tanggungjawab kerana terdapat banyak gadis muda yang ikuti perkembangan saya," kata Boubakri kepada podcast BBC World Service On the Podium.



"Saya hadapi tekanan dan tanggungjawab kerana saya ingin menunjukkan kepada mereka bagaimana mendapatkan pingat ini, bukan hanya dalam sukan atau kerjaya lain, untuk menunjukkan bahawa beliau dapat melakukannya.



"Bukan kerana kami orang Arab atau dari Afrika kami tidak boleh, kami hanya percaya pada diri sendiri, yakin dan tidak membiarkan orang lain menilai kami. Lakukan sahaja apa yang anda mahukan dan percaya diri sendiri."



Sekarang, beliau ingin membantu wanita lain daripada latar belakang serupa untuk mencapai potensi sebenar mereka.



"Bagi saya, sangat penting kita mempunyai persamaan antara wanita dengan lelaki," katanya.



"Sayangnya, di dunia Arab, mereka masih membandingkan wanita dengan lelaki, 'dia tidak dapat melakukan ini kerana dia wanita'.



"Saya ingin membuktikan bahawa anda tidak boleh buat perbandingan. Kadangkala lelaki tidak dapat melakukan beberapa perkara yang boleh dilakukan wanita. Saya mahu menghentikan ketidaksamaan ini."



Boubakri menambah: "Saya telah mendengar banyak gadis mengatakan mereka tidak mahu bersukan, atau mempunyai otot seperti lelaki. Apabila saya mendengar ini, saya terkejut. Saya telah bermain pedang selama lebih 20 tahun dan ini membantu badan saya menjadi cergas''.



Tokyo akan menjadi Olimpik keempat Boubakri, dan mungkin yang terakhir, tetapi tanpa menghiraukan apa yang berlaku di Jepun, beliau sudah merancang masa depannya.



Setelah berpindah ke Perancis dengan sokongan keluarganya pada usia 18 tahun untuk mendapat peluang bermain pedang yang lebih baik, Boubakri kini ingin mengembalikan peluang tersebut ke generasi sukan yang memerlukannya.



"Saya tidak tahu bila saya akan mengakhiri kerjaya saya, kadangkala saya katakan ia akan menjadi Sukan Olimpik terakhir saya di Tokyo, kadangkala saya katakan mengapa tidak (teruskan)?" katanya.



"Oleh itu, rancangan saya, dan saya harap ia dapat menjadi kenyataan, adalah membina satu akademi antarabangsa buat semua orang yang tidak mempunyai federasi besar, mereka dapat bergabung dengan akademi saya dan saya dapat berkongsi bagaimana cara meningkatkan kemahiran bermain pedang, pengalaman saya dan bersama mereka sertai pertandingan, sebagai jurulatih mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >