Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Brazil 'bersamba' di padang, melangkah ke suku akhir

Dec 07, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Gergasi bola sepak dunia, Brazil, jelas 'bersamba' di padang apabila mereka meranapkan impian Korea Selatan di pentas dunia dengan menewaskan pasukan Asia itu 4-1 di peringkat kalah mati awal pagi semalam.



Brazil seolah-olah membawa bersama mereka kemahiran bermain bola sepak pantai ke stadium penuh ikonik, Stadium 974, dengan persembahan yang membuat para pemain Korea jauh ketinggalan dalam sukan ini dan memukau penonton.



Keputusan itu lantas menamatkan impian Asia melihat salah sebuah wakilnya mara ke suku akhir.



Selepas Jepun tewas melalui tendangan penalti di tangan Croatia, dan kekalahan Australia kepada Argentina, ini bermakna kesemua pasukan Konfederasi Asia telah tersingkir di peringkat kalah mati.



Selepas gagal menemui sebarang jaringan dalam separuh masa pertama dalam kesemua perlawanan Piala Dunia kali ini, juara lima kali, Brazil, memperbaiki permainan dengan empat jaringan sebelum separuh masa pertama berakhir, seolah-olah menamatkan terus perlawanan itu dengan kemenangan buat mereka.



Raphina menggelecek mudah beberapa pemain lawan sebelum membuat hantaran lintang yang mengelak Neymar, namun Vinicius Jr berada di hujung sebelah kiri gawang dengan tenang menendang bola masuk ke gawang Korea Selatan - melepasi semua benteng wakil Asia itu termasuk penjaga gawangnya yang terkial-kial cuba menyelamatkan bola tersebut.



Lima minit kemudian, penyerang Brazil, Richarlison, dijatuhkan dalam petak lawan dan pengadil tanpa berfikir dua kali memberikan penalti untuk Brazil.



Neymar menyempurnakan tendangan penaltinya untuk menjadi kedudukan 2-0 buat Brazil.



Ini merupakan gol ke-76 Neymar untuk Brazil - hanya satu gol antarabangsa kurang daripada raja bola sepak asal Brazil, Pele.



Bak langit dengan bumi.



Brazil terus mengasak pintu lawan dan mudah mengawal benteng pertahanan daripada serangan balas Korea Selatan.



Richarlison kemudian menjadikan kedudukan 3-0 buat Brazil hasil umpanan kemas kapten pasukannya, Thiago Silva.



Tidak cukup dengan gol ketiga, Brazil menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-36.



Lucas Paqueta merembat masuk bola tanpa banyak tentangan daripada pasukan lawan.



Jaringan 4-0 kekal pada separuh masa pertama, sebelum Paik Seung-ho, menjaringkan gol saguhati buat Korea Selatan pada minit ke-76 dalam babak kedua permainan.



Dalam temuramah selepas perlawanan, Neymar, yang direhatkan dalam dua perlawanan kumpulan akibat kecederaan, berkata:



"Saya hanya ingin ucap terima kasih kepada semua... ini kerana selepas kecederaan yang dialami sebelum ini, saya sukar tidur sebab fikirkan keadaan saya ketika itu.



"Saya bimbang jika tidak akan dapat teruskan perjuangan dalam Piala Dunia ini." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >