Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU LIGA PERDANA ENGLAND: BRENTFORD LWN LIVERPOOL

Brentford sasar satu lagi pasukan gergasi sebagai mangsa

Jan 02, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Brentford akan sasar untuk menjadikan satu lagi pasukan gergasi Liga Perdana England sebagai mangsa terbarunya apabila mereka menjadi tuan rumah kepada Liverpool pada awal 1.30 pagi esok (waktu Singapura).



Pada musim ini, The Bees boleh dianggap "pembunuh" kelab gergasi setelah mencatat dua kemenangan dan seri dua kali menentang pasukan kelompok enam teratas liga.



Ini termasuk kemenangan 4-0 dan 2-1 ke atas Manchester United dan Manchester City, masing-masing pada Ogos dan November lalu.



Brentford dan Chelsea terikat 0-0 pada Oktober lalu, dan minggu lalu, seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur di laman sendiri. Hanya Arsenal berjaya menewaskan Brentford 3-0 pada September lalu di Stadium Masyarakat Gtech.



Terdorong oleh statistik ini, pengurus Brentford Thomas Frank, yang baru-baru ini melanjutkan kontraknya bersama kelab itu sehingga musim panas 2027, menaruh harapan untuk anak didiknya seterusnya merampas tiga mata penuh daripada Liverpool.



Kemenangan itu mungkin dapat diilhamkan oleh kekuatan 'set-piece' Brentford.



"Gol hasil daripada 'set-piece' adalah perkara yang besar dan saya fikir ia adalah bahagian yang kami lebih baik daripada kebanyakan pasukan," kata Frank.



"Saya ingin bersaing dengan pasukan kelompok enam teratas liga tetapi kami perlu menang. Saya fikir kami beraksi dengan cukup baik menentang mereka musim ini dan hanya kalah kepada Arsenal."



Malah, Frank, 49 tahun, tidak menafikan kebolehan anak didiknya, dengan warga Denmark itu tekad untuk "mencipta lebih banyak detik ajaib" bersama Brentford.



"Saya telah berada di sini secara keseluruhannya enam tahun, yang merupakan masa yang lama dalam bola sepak moden," kata beliau.



"Kami menyerang Liga Perdana pada musim pertama dan kami akan menyerangnya pada musim kedua kami.



"Saya tidak sabar untuk meneruskan kemajuan kami dan mencipta lebih banyak detik ajaib bersama-sama."



Frank, 49 tahun, sudah pun menjadi pengurus ketiga paling lama berkhidmat dalam Liga Perdana - di belakang Pep Guardiola dan Jurgen Klopp - dan usahanya terbukti berhasil ketika memimpin Brentford ke liga teratas England.



Brentford kini menduduki tangga ke-10 liga.



Namun, Frank dan anak didiknya berdepan pasukan Liverpool kendalian Jurgen Klopp yang semakin menemui rentak kemenangan mereka dalam liga.



Klopp memberi amaran kepada musuhnya bahawa The Reds bersedia untuk bangkit cemerlang dalam separuh kedua musim liga.



Liverpool kembali daripada rehat Piala Dunia dengan kemenangan 3-1 di Aston Villa pada Boxing Day.



Walaupun mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana, Liverpool masih berada di tempat keenam dalam kedudukan liga.



Kemenangan 1-0 Manchester United ke atas Wolves kelmarin bermakna mereka kini empat mata di belakang United di tangga keempat (32 mata).



Klopp maklum bahawa momentum itu penting dan beliau percaya pasukannya masih belum dipinggirkan daripada saingan menempah kelayakan Liga Juara-Juara.



"Kami dalam mood mengejar pasukan di tangga atas," kata jurulatih asal Jerman itu.



"Dengan rehat yang kami ada, kami berasa sangat segar. Tetapi kami juga agak sibuk pada waktu rehat. Kami berusaha memperbaiki kelemahan kami...kadangkala anda memerlukan masa yang lebih lama untuk mencari jalan penyelesaiannya.



"Kami sangat teruja untuk kembali menyengat."



Dengan penyerang Diogo Jota, Luis Diaz dan Roberto Firmino mengalami kecederaan, Klopp bergerak pantas untuk mendapatkan tandatangan Cody Gakpo daripada PSV Eindhoven.



Pemain Belanda berusia 23 tahun itu dipujuk untuk menyertai Liverpool oleh kapten Belanda Virgil van Dijk, yang juga tunggak pertahanan The Reds.



Gakpo, yang menjaringkan tiga gol di Piala Dunia sebelum Belanda tewas pada suku akhir kepada juara akhirnya Argentina, menyertai skuad Rabu lalu dengan bayaran awal yang dilaporkan sebanyak £37 juta ($60 juta).



"Dia pemain yang sangat bagus jadi pakejnya sangat menarik. Itulah sebabnya kami sangat berminat untuk mendapatkannya dan saya sangat gembira kami dapat melakukannya. Ia pemindahan yang besar untuk dia dan juga untuk kita. Hari yang hebat," kata Klopp.



"Pemindahan itu mengenai masa dan mendapatkan pemain pada waktu yang tepat. Dia yang membuat langkah seterusnya.



"Kami percaya pada proses kami. Apabila pemain, terutamanya yang bermain bahagian serangan, mereka semua mengambil langkah ke hadapan itu oleh kerana cara kami bekerja dan keupayaan kami membantu mereka." - Agensi berita.




"Saya ingin bersaing dengan pasukan kelompok enam teratas liga tetapi kami perlu menang. Saya fikir kami beraksi dengan cukup baik menentang mereka musim ini dan hanya kalah kepada Arsenal."
- Pengurus Brentford, Thomas Frank.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >