Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Britain ke separuh akhir Piala Billie Jean King setelah tewaskan Canada

Nov 18, 2024 | 6:08 PM
Pemain tenis Britain, Emma Raducanu beraksi semasa menewaskan pemain Canada, Rebecca Marino pada suku akhir Piala Billie Jean King pada 17 November.
Pemain tenis Britain, Emma Raducanu beraksi semasa menewaskan pemain Canada, Rebecca Marino pada suku akhir Piala Billie Jean King pada 17 November. - Foto REUTERS

MALAGA: Britain berada selangkah lebih dekat untuk membawa pulang trofi setelah menewaskan Canada yang merupakan juara bertahan Piala Billie Jean King.

Ini selepas Emma Raducanu dan Katie Boulter melengkapkan kemenangan 2-0 Britain di Malaga pada 17 November.

“Saya pasti tidak akan berada di sini jika saya tidak percaya kami boleh memenangi kejohanan ini. Saya rasa kami mempunyai pasukan yang hebat.

“Kami sentiasa mempunyai peluang besar. Kami akan berada dalam babak empat terakhir,” kata Boulter.

Britain adalah salah satu daripada empat negara – bersama Australia, Perancis dan Italy – yang telah bertanding dalam kejohanan itu setiap musim sejak ia dilancarkan pada 1963.

Bagaimanapun, mereka adalah satu-satunya pasukan yang tidak pernah menjulang trofi, tewas dalam empat perlawanan akhir.

Bekas juara Terbuka Amerika, Raducanu berjaya melalui set pertama menentang Rebecca Marino dan mengatasi pemain Canada itu pada set kedua untuk melengkapkan kemenangan 6-0, 7-5.

Raducanu menyelamatkan kedudukannya dengan memperolehi mata ketujuh ketika Marino cuba memaksa set ketiga, sebelum menutup perlawanan.

“Saya sangat gembira dengan cara saya berjaya peroleh mata kemenangan itu, ia merupakan detik-detik berharga,” kata Raducanu yang menduduki ranking ke-58 itu.

“Saya fikir saya hanya perlu terus mengingatkan diri saya bahawa situasi untuk meraih mata amat besar buat saya dan saya benar-benar menikmatinya.”

Boulter kemudian menewaskan Leylah Fernandez 6-2, 6-4 untuk membantu Britain melangkah ke separuh akhir menentang Slovakia.

“Saya sangat berpuas dengan permainan saya hari ini,” kata Boulter, yang mempamerkan satu lagi aksi meyakinkan selepas hanya kehilangan tiga perlawanan dalam pusingan pertama menentang Jerman.

“Saya hanya ingin berkata Emma membuatnya sangat mudah untuk ke tahap ini dan mendahului 1-0, jadi penghargaan penuh kepadanya kerana memulakan permainan dengan baik.

“Sungguh berbangga dengan prestasi saya. Saya hanya mahu turun gelanggang dan menewaskan juara bertahan.”

Britain akan cuba mara ke final buat kali pertama sejak 1981.

Slovakia, juara 2002, menewaskan Australia 2-0 awal sebelum ini untuk mara sebagai antara empat pasukan terakhir dalam pertandingan ini buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun.

Viktoria Hruncakova dan Rebecca Sramkova kedua-duanya memenangi perlawanan perseorangan mereka ketika Slovakia meraih kemenangan mereka ke atas Amerika Syarikat pada pusingan pertama. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg