Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Brunei DPMM bakal tinggalkan SPL

May 22, 2025 | 4:25 PM
Brunei DPMM, satu-satunya kelab yang berpangkalan di luar negara dalam Liga Perdana Singapura (SPL), akan meninggalkan liga tersebut untuk sertai liga lain. Terdapat laporan bahawa SPL sedang mencari pasukan lain untuk menggantikan tempat yang dikosongkan oleh DPMM.
Brunei DPMM, satu-satunya kelab yang berpangkalan di luar negara dalam Liga Perdana Singapura (SPL), akan meninggalkan liga tersebut untuk sertai liga lain. Terdapat laporan bahawa SPL sedang mencari pasukan lain untuk menggantikan tempat yang dikosongkan oleh DPMM. - Foto FAS

Brunei DPMM FC tidak akan menyertai Liga Perdana Singapura (SPL) lagi selepas musim 2024/25.

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), apabila kelab itu menyatakan hasratnya bersaing dalam liga lain.

Sejak menyertai SPL, DPMM memainkan peranan penting, merangkul kejuaraan liga pada 2015 dan 2019, serta memenangi tiga Piala Liga Singapura.

Sebagai satu-satunya kelab yang berpangkalan di luar negara dalam SPL, DPMM membawa kepelbagaian dan kelebihan daya saing ke kancah bola sepak tempatan.

Setiausaha Agung FAS Chew Chun-Liang mengiktiraf sumbangan DPMM, memuji profesionalisme dan semangat kesukanan mereka.

“Walaupun kami sedih melihat mereka pergi, kami memahami kedudukan kelab dan kami berpisah dengan sepenuh hati dan penghargaan,” kata beliau.

Pengurus Besar DPMM Mohamad Ali Haji Momin melahirkan rasa terima kasih atas layanan dan sokongan daripada komuniti bola sepak Singapura.

Beliau menekankan kemesraan dan berkongsi pengalaman yang diperolehi sepanjang berada di SPL.

Brunei DPMM menyertai SPL pada 2009 tetapi terpaksa tarik diri untuk beberapa musim akibat penggantungan ke atas Persatuan Bola Sepak Brunei, sebelum kembali ke SPL pada 2012.

Mereka menjuarai SPL pada 2015 dan 2019. Mereka menarik diri pada 2020 akibat sekatan Covid-19 sebelum kembali beraksi musim 23/24.

Musim ini, DPMM masih dalam saingan untuk Piala Singapura, walaupun tewas tipis 3-2 kepada pasukan SPL juga, Lion City Sailors, pada perlawanan pertama separuh akhir pada 21 Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg