Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

OLIMPIK TOKYO

Buku panduan jadikan temasya sukan yang selamat

Feb 05, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Penganjur Sukan Olimpik melancarkan "buku" bersiri yang pertama kelmarin, bertujuan menganjurkan Sukan Tokyo yang ditangguh akibat koronavirus secara selamat, memberi amaran bahawa mereka yang melanggar peraturan tidak akan dibenarkan turut serta.



Para pegawai sukan akan dibenarkan tidak menjalani kuarantin asalkan mereka memantau keselamatan mereka selama 14 hari sejurus tiba di Jepun, menurut dokumen 32 halaman itu.



Sepanjang 14 hari itu, bagaimanapun, pegawai tidak akan dibenarkan melakukan perjalanan di luar gelembung Sukan atau menyaksikan acara-acara sebagai penonton.



Buku permainan itu bertujuan membina keyakinan bahawa temasya sukan itu akan terus berlangsung meskipun sekiranya wabak tidak di bawah kawalan sebelum majlis pembukaan pada 23 Julai.



Peraturan dijangka dikemaskini pada April dan sekali lagi pada Jun.



Panduan pertama itu khususnya untuk pegawai sukan dengan versi bagi para atlet, peminat, media dan individu lain diterbitkan pada minggu-minggu mendatang.



"Kami telah belajar banyak daripada amalan terbaik acara lain," kata pengarah eksekutif Sukan Olimpik Christophe Dubi, yang merupakan anggota Jawatankuasa Antarabangsa Sukan Olimpik.



"Ia adalah mantra untuk kita semua - Sukan Olimpik akan menjadi selamat, untuk setiap pihak berkepentingan, untuk setiap peserta. Ia mengenai tanggungjawab''. - AFP




"Kami telah belajar banyak daripada amalan terbaik acara lain.

Ia adalah mantra untuk kita semua - Sukan Olimpik akan menjadi selamat, untuk setiap pihak berkepentingan, untuk setiap peserta. Ia mengenai tanggungjawab''.

- Pengarah eksekutif Sukan Olimpik Christophe Dubi, yang merupakan anggota Jawatankuasa Antarabangsa Sukan Olimpik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >