Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cabaran Arsenal hampir berakhir musim ini

Feb 27, 2025 | 3:48 PM
Tanpa pilihan penyerang berkesan, Arsenal kelihatan kurang berbisa di bahagian serangan.
Tanpa pilihan penyerang berkesan, Arsenal kelihatan kurang berbisa di bahagian serangan. - Foto REUTERS

LONDON: Walaupun pengurus Mikel Arteta enggan mengakuinya secara terbuka, cabaran untuk menggondol gelaran Liga Perdana England (EPL) bagi kelab Arsenal nampaknya hampir berakhir musim ini.

Pasukan Gunners yang berada di tempat kedua kini ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu Liverpool selepas keputusan seri tanpa jaringan semasa menentang Nottingham Forest, yang sekali lagi menjadi subjek perbincangan mengenai kekurangan pilihan penyerang mereka.

Dalam dua perlawanan EPL terakhir mereka, Arsenal mempunyai 33 percubaan gol.

Namun hanya tiga daripadanya menepati sasaran tetapi tiada gol yang dihasilkan daripadanya, lapor BBC Sports.

Arsenal sememangnya tidak dibantu dengan kecederaan menjejas penyerang seperti Gabriel Jesus, Bukayo Saka, Gabriel Martinelli, dan Kai Havertz.

Juga tidak timbul keraguan bahawa Arsenal akan mempergiatkan pencarian untuk seorang penyerang pada musim panas nanti.

Bekas penjaga gol Gunners, David Seaman, menyatakan bahawa pasukan itu sentiasa memerlukan penyerang.

Walaupun mereka cuba mendapatkan penyerang semasa jendela perpindahan lalu, namun ia mungkin sudah terlambat untuk mereka mendapatkan penyerang yang mereka sasarkan untuk musim panas ini.

Menurutnya, penyerang baru itu akan menjadi kunci untuk meraih gelaran musim depan.

Jonathan David (kiri) telah menjaring 20 gol dalam 36 penampilan dalam semua pertandingan.
Jonathan David (kiri) telah menjaring 20 gol dalam 36 penampilan dalam semua pertandingan. - Foto AFP

Antara penyerang yang disebut-sebut ialah penyerang Lille, Jonathan David, kini merupakan penjaring gol ketiga terbanyak dalam Ligue 1 Perancis dengan 12 gol dari 21 perlawanan.

Pemain antarabangsa Canada berusia 25 tahun ini dijangka menjadi salah seorang pemain yang paling diminati pada musim panas nanti, dengan kontraknya yang kini akan tamat pada penghujung musim ini.

Liam Delap berkembang dalam Akademi Manchester City, tetapi meninggalkan kelab itu tanpa pernah memulakan sebarang perlawanan di Liga Perdana England.
Liam Delap berkembang dalam Akademi Manchester City, tetapi meninggalkan kelab itu tanpa pernah memulakan sebarang perlawanan di Liga Perdana England. - Foto AFP

Seorang lagi penyerang England Bawah-21, Liam Delap, menjadi pemain yang sangat popular dalam Ipswich Town sejak perpindahannya dengan bayaran awal 15 juta paun ($25.4 juta) dari Manchester City pada musim panas.

Beliau telah menjaringkan 10 gol di EPL, walaupun kelabnya bergelut daripada tersingkir.

Sekiranya mereka tersingkir, Ipswich tidak akan kekurangan tawaran pada musim panas nanti untuk mendapatkan penyerang utama mereka.

Penyerang Sporting, Viktor Gyokeres telah menjaringkan 35 gol dalam 37 penampilan.
Penyerang Sporting, Viktor Gyokeres telah menjaringkan 35 gol dalam 37 penampilan. - Foto AFP

Selain itu bekas penyerang Coventry City, Viktor Gyokeres, dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United, yang akan menyaksikannya kembali bekerjasama dengan bekas pengurus Sporting, Ruben Amorim.

Namun, rekod jaringan golnya menarik minat kelab seluruh Eropah. Kontraknya dilaporkan mempunyai klausa pelepasan sebanyak 83.1 juta paun.

Bintang Sweden, Alexander Isak menjadi antara penyebab pasukannya berjaya ke final Piala Carabao.
Bintang Sweden, Alexander Isak menjadi antara penyebab pasukannya berjaya ke final Piala Carabao. - Foto AFP

Arsenal sering dikaitkan dengan pemain antarabangsa Sweden, Alexander Isak, telah menjadi antara bintang musim EPL dan memainkan peranan penting dalam membawa Newcastle ke perlawanan akhir Piala Carabao.

Newcastle tegas menyatakan bahawa mereka tidak mahu menjual pemain berusia 25 tahun ini, yang telah menjadi pemain ketujuh terpantas untuk mencapai 50 gol EPL.

Victor Osimhen (kanan) telah menjaring 20 gol dalam 26 penampilan.
Victor Osimhen (kanan) telah menjaring 20 gol dalam 26 penampilan. - Foto AFP

Pada musim 2022-23, penyerang Nigeria, Victor Osimhen, membantu Napoli merangkul gelaran Liga Italy pertama mereka sejak 1990.

Beliau kelihatan hampir meninggalkan kelab itu musim panas lalu melalui perpindahan tetap tetapi kemudiannya dipinjamkan ke pasukan Turki, Galatasaray, di mana pemain berusia 26 tahun ini terus menunjukkan prestasi cemerlang.

Atalanta’s Mateo Retegui (kanan) merupakan penjaring terbanyak bagi Serie A.
Atalanta’s Mateo Retegui (kanan) merupakan penjaring terbanyak bagi Serie A. - Foto REUTERS

Penyerang antarabangsa Italy, Mateo Retegui, kini menjadi penjaring terbanyak dalam Serie A dengan 21 gol untuk Atalanta musim 2024-25.

Pemain berusia 25 tahun ini turut beraksi dalam Liga Juara-Juara bersama pasukannya musim ini dan telah dikaitkan dengan perpindahan ke EPL pada musim panas ini.

Benjamin Sesko pernah dikaitkan dengan beberapa kelab England sepanjang dua musim terakhir.
Benjamin Sesko pernah dikaitkan dengan beberapa kelab England sepanjang dua musim terakhir. - Foto REUTERS

Selain Isak, penyerang Slovenia, Benjamin Sesko, telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke EPL, sementara beliau terus membina reputasinya dengan pesat di RB Leipzig.

Pemain berusia 21 tahun ini yang setinggi 1.95 meter tidak akan datang dengan harga murah, memandangkan beliau baru sahaja menandatangani kontrak jangka panjang dengan kelab Jerman itu pada musim panas lalu.

Dusan Vlahovic (kanan) telah menjaringkan 17 gol dalam 33 penampilan buat Juventus.
Dusan Vlahovic (kanan) telah menjaringkan 17 gol dalam 33 penampilan buat Juventus. - Foto REUTERS

Penyerang Serbia, Dusan Vlahovic, yang kontraknya berlanjutan hingga Jun 2026, adalah sasaran besar yang telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke EPL.

Pemain berusia 25 tahun ini, yang berdiri setinggi 1.9 meter, sedang menikmati musim cemerlang di Italy bersama Juventus, yang telah menandatanganinya pada Januari 2022, ketika Arsenal terlepas peluang untuk mendapatkan penyerang ini.

Ollie Watkins telah beraksi 18 kali untuk England, menjaringkan lima gol, termasuk gol kemenangan pada minit terakhir dalam kemenangan 2-1 menentang Belanda di separuh akhir Euro 2024.
Ollie Watkins telah beraksi 18 kali untuk England, menjaringkan lima gol, termasuk gol kemenangan pada minit terakhir dalam kemenangan 2-1 menentang Belanda di separuh akhir Euro 2024. - Foto REUTERS

Arsenal membuat tawaran lewat untuk penyerang England, Ollie Watkins, beberapa hari terakhir jendela perpindahan musim sejuk, namun Aston Villa menolak tawaran £40 juta yang ditawarkan.

Villa kini berada di pusingan 16 Liga Juara-Juara, tetapi hanya berada di tempat ke-10 dalam jadual EPL dan jika pasukan Unai Emery gagal melayakkan diri ke Eropah, Gunners mungkin akan mempertimbangkan semula untuk mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg